Loading...

Pemilihan Bersatu Kecoh, Nama Pengundi Hilang Dari Senarai

Loading...
Pemilihan Bersatu Kecoh, Nama Pengundi Hilang Dari Senarai - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemilihan Bersatu Kecoh, Nama Pengundi Hilang Dari Senarai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemilihan Bersatu Kecoh, Nama Pengundi Hilang Dari Senarai
link : Pemilihan Bersatu Kecoh, Nama Pengundi Hilang Dari Senarai

Baca juga


Pemilihan Bersatu Kecoh, Nama Pengundi Hilang Dari Senarai


TEMERLOH: Pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahagian Temerloh yang kecoh, apabila ada sebahagian nama ahli termasuk pemimpin cawangan dipercayai telah hilang dari senarai. Malah lebih panas lagi, nama calon Ketua Bahagian juga dipercayai telah hilang.

Perkara itu didedahkan dalam satu kenyataan di blog Khadir Ahmad hari ini. Beliau yang merupakanaktivis alam sekitar dan juga ahli Bersatu cawangan Bandar Temerloh dekat sini mendakwa, pemilihan semua perlu diadakan bagi menggelakkan imej parti itu tercemar.

Pada pemilihan itu semalam  Tan Sri Dato' Sri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar menang menewaskan Dato' Rofaie Hamdan.

Menurut Khaidir Ini adalah pengalaman pelik yang dialami oleh beliau dan beratus lagi ahli Bersatu yang terbabit dalam pemilihan di Bahagian Temerloh.

"Mereka termasuk nama tiga pemimpin utama Cawangan Bandar Temerloh iaitu Ketua Cawangan Dato' Rofaie Hamdan (yang juga calon Ketua Bahagian), saya sendiri selaku Timbalan Ketua Cawangan dan Setiausaha Cawangan. Semakan dan bantahan kemudian dibuat kepada Ibu Pejabat Bersatu dengan alasan bagaimana Mesyuarat Pemilihan Cawangan boleh dijalankan jika tiga tonggak utama cawangan tidak boleh menghadiri mesyuarat (kerana nama mereka tiada dalam senarai nama ahli cawangan) dan nama kami kemudian dipindahkan semula ke Cawangan Bandar Temerloh", katanya. 

Difahamkan pada hari pemilihan semalam kekecohan berlaku apabila senarai nama ahli yang digunapakai oleh petugas JPP bagi Cawangan Temerloh tidak sama dengan senarai yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Bersatu.

Ketua Cawangan, Timbalan Ketua dan Setiausaha pada mulanya tidak boleh hadir kerana nama mereka "hilang" dalam senarai ahli cawangan yang digunakan oleh petugas JPP.

Manakala lebih 30 lagi ahli berdaftar di Cawangan Bandar Temerloh termasuk dua anak lelaki Khaidir sendiri , telah dinafikan hak mereka untuk hadir dan mengundi kerana nama mereka juga "hilang" dalam senarai berkenaan.

Selepas bantahan demi bantahan dibuat tidak dilayan oleh petugas JPP, Ketua Cawangan Bandar Temerloh kemudian menghubungi pihak Ibu Pejabat Bersatu dan akhirnya "secara tiba-tiba" nama mereka bertiga "muncul semula" di lembaran akhir senarai nama ahli Bersatu Cawangan Temerloh. Keadaan yang sama juga dilaporkan berlaku di lima lagi cawangan Bersatu Bahagian Temerloh.

"Sehubungan itu satu Petisyen Bantahan yang ditandatangi oleh semua ahli yang dinafikan hak mereka hadir dan mengundi dalam Pemlihan Bersatu Bahagian Temerloh semalam, akan dikemukakan kepada JPP dan Ibu Pejabat Bersatu bagi mendesak Pemilihan Semula Bersatu Bahagian Temerloh diadakan secara telus, adil dan berintegriti"m kata kenaytaan Khadir di laman faceooknya hari ini. 

Menurut beliau lagi, bagi tujuan Pemilihan Semula Bersatu Bahagian Temerloh, JPP hendaklah mengedarkan senarai ahli yang akan digunapakai oleh JPP kepada semua cawangan dan calon yang bertanding jawatan Bahagian, dalam tempoh sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Pemilihan Semula Bersatu Bahagian Temerloh diadakan, bagi mengelakkan masalah sama berulang. #PDO


Demikianlah Artikel Pemilihan Bersatu Kecoh, Nama Pengundi Hilang Dari Senarai

Sekianlah artikel Pemilihan Bersatu Kecoh, Nama Pengundi Hilang Dari Senarai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemilihan Bersatu Kecoh, Nama Pengundi Hilang Dari Senarai dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/03/pemilihan-bersatu-kecoh-nama-pengundi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pemilihan Bersatu Kecoh, Nama Pengundi Hilang Dari Senarai"

Catat Ulasan

Loading...