Loading...
Judul : Peminat Perlulah Terima Jika Piala Malaysia Tahun Ini Tiada !
link : Peminat Perlulah Terima Jika Piala Malaysia Tahun Ini Tiada !
Peminat Perlulah Terima Jika Piala Malaysia Tahun Ini Tiada !
Justeru andainya saingan Piala Malaysia tidak dilangsungkan tahun ini, peminat bola sepak perlu menerimanya secara terbuka.
Bekas jurulatih skuad kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan, berkata soal nyawa dan keselamatan orang ramai harus menjadi keutamaan semua pihak ketika ancaman Covid-19 masih belum dapat dikalahkan.
"Kalau fikirkan sayang (kerana Piala Malaysia) kejohanan tertua, memang kita akan fikir begitu.
"Tapi kalau kita fikir berkenaan nyawa dan keselamatan semua pihak, kita kena berkorban," katanya seperti dipetik BH Online semalam.
Menurut Wan Jamak, langkah penangguhan tersebut bukan saja diambil oleh Malaysia malah negara lain di seluruh dunia.
Katanya wabak itu mengancam nyawa semua pihak termasuk pemain dan penonton.
“Walaupun saingan Piala Malaysia kebiasaannya berlangsung di penghujung musim, penangguhan aksi Liga Malaysia (Liga M) ketika ini boleh menjejaskan perancangan.
“Sekiranya penangguhan itu mengambil tempoh yang lama ia akan menyebabkan saingan seperti Liga Super, Liga Perdana dan Piala FA dijangka berlanjutan hingga hujung tahun untuk dihabiskan,” jelasnya.
Setakat semalam, Malaysia telah mencatatkan kes positif Covid-19 sebanyak 1,518 kes dengan 14 kematian. #sumber
Demikianlah Artikel Peminat Perlulah Terima Jika Piala Malaysia Tahun Ini Tiada !
Sekianlah artikel Peminat Perlulah Terima Jika Piala Malaysia Tahun Ini Tiada ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Peminat Perlulah Terima Jika Piala Malaysia Tahun Ini Tiada ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/03/peminat-perlulah-terima-jika-piala.html
0 Response to "Peminat Perlulah Terima Jika Piala Malaysia Tahun Ini Tiada !"
Catat Ulasan