Loading...

Suri Rumah, Doktor Rugi Ribuan Ringgit Di Tipu Dek Scammer

Loading...
Suri Rumah, Doktor Rugi Ribuan Ringgit Di Tipu Dek Scammer - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Suri Rumah, Doktor Rugi Ribuan Ringgit Di Tipu Dek Scammer, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suri Rumah, Doktor Rugi Ribuan Ringgit Di Tipu Dek Scammer
link : Suri Rumah, Doktor Rugi Ribuan Ringgit Di Tipu Dek Scammer

Baca juga


Suri Rumah, Doktor Rugi Ribuan Ringgit Di Tipu Dek Scammer


KUANTAN- Seorang suri rumah mendakwa kerugian RM65,000 selepas diperdayakan sindiket Macau Scam untuk memindahkan wang simpanannya ke akaun individu tidak dikenali.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang berusia 53 tahun mendakwa menerima panggilan telefon sekitar awal bulan ini, daripada lelaki kononnya dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
"Mangsa mendakwa dimaklumkan mengenai perintah mahkamah untuk membekukan asetnya kerana mempunyai kes dan mempunyai masa selama dua jam untuk menyelesaikan masalah itu segera.
"Kerana takut dipenjarakan, mangsa telah menuruti semua arahan untuk memindahkan wangnya ke akaun diberikan suspek dan diarahkan untuk tidak memberitahu kepada orang lain," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Wazir berkata, mangsa hanya menyedari ditipu semalam, selepas bercakap mengenainya dengan ahli keluarganya dan terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pada sebelah petang.
Dalam satu lagi kes, seorang doktor perempuan berusia 44 tahun membuat laporan di IPD Rompin kerana mendakwa diperdayakan suspek lelaki yang memperkenalkan diri sebagai polis bergelar 'datuk' sehingga kerugian RM23,000.
Mangsa, menurut Mohd Wazir mendakwa dihubungi suspek berhubung siasatan tunggakan cukai pendapatan syarikat yang kononnya didaftarkan atas namanya.
"Suspek dikatakan mengambil butiran peribadi perbankan mangsa bagi tujuan siasatan dan selepas beberapa hari, dia mendapati akaun simpanan banknya berkurangan," katanya.
Mohd Wazir berkata, siasatan kedua-dua kes dilakukan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan atau denda, jika sabit kesalahan.  #sumber


Demikianlah Artikel Suri Rumah, Doktor Rugi Ribuan Ringgit Di Tipu Dek Scammer

Sekianlah artikel Suri Rumah, Doktor Rugi Ribuan Ringgit Di Tipu Dek Scammer kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Suri Rumah, Doktor Rugi Ribuan Ringgit Di Tipu Dek Scammer dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/03/suri-rumah-doktor-rugi-ribuan-ringgit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Suri Rumah, Doktor Rugi Ribuan Ringgit Di Tipu Dek Scammer"

Catat Ulasan

Loading...