Loading...

Tiga Warga Asing Di Tahan Melombong Emas Secara Haram !

Loading...
Tiga Warga Asing Di Tahan Melombong Emas Secara Haram ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiga Warga Asing Di Tahan Melombong Emas Secara Haram !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiga Warga Asing Di Tahan Melombong Emas Secara Haram !
link : Tiga Warga Asing Di Tahan Melombong Emas Secara Haram !

Baca juga


Tiga Warga Asing Di Tahan Melombong Emas Secara Haram !


LIPIS - Tiga lelaki warga asing ditahan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang selepas dikesan menjalankan aktiviti melombong emas secara haram dalam Hutan Simpan Aur Gading, di sini kelmarin.
Penolong Pengarah Kanan (Penguatkuasa Zon Pahang Barat), Azmi Mohd Zain berkata, penahanan membabitkan dua lelaki Myanmar dan seorang Thailand berusia 23 hingga 31 tahun itu merupakan tangkapan pertama membabitkan kes lombong emas haram di negeri Pahang, tahun ini.
Menurutnya, susulan penahanan ketiga-tiga lelaki itu, pihaknya turut menyita jentera jengkaut dan pelbagai peralatan melombong termasuk palong, set penjana elektrik, pemotong kayu bergergaji, pam penyedut air dan bateri kenderaan.
"Mereka dijangka dihadapkan mahkamah tidak lama lagi selepas kertas siasatan lengkap," katanya di sini hari ini.
Warga asing yang ditahan itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis buat masa ini.
Mengulas lanjut, pihaknya tidak menolak kemungkinan aktiviti perlombongan itu didalangi pihak lain yang menggunakan warga asing terbabit sebagai pekerja dan akan mengenal pasti dalang utama di sebalik aktiviti yang dipercayai masih baharu beroperasi itu.
"Kita percaya, dalang utama kegiatan ini akan datang setiap minggu untuk memantau selain mengambil hasil emas yang diperoleh.
"Mereka bukan sahaja melombong emas secara haram malah kegiatan itu turut memusnahkan banyak pokok balak pelbagai saiz di kawasan terbabit," katanya memberitahu kawasan hutan simpan di daerah itu dikenal pasti sebagai tumpuan pelombong haram.
Azmi berkata, pihaknya juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan hutan termasuk menebang dan memindahkan balak serta aktiviti melombong tanpa permit.
"Mereka yang dikesan melakukan kesalahan ini akan didakwa mengikut Akta Perhutanan Negara (APN) 1984," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Tiga Warga Asing Di Tahan Melombong Emas Secara Haram !

Sekianlah artikel Tiga Warga Asing Di Tahan Melombong Emas Secara Haram ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiga Warga Asing Di Tahan Melombong Emas Secara Haram ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/03/tiga-warga-asing-di-tahan-melombong.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tiga Warga Asing Di Tahan Melombong Emas Secara Haram !"

Catat Ulasan

Loading...