Loading...
Judul : Tong Gas LPG Meletup, Wanita Melecur Di Muka Dan Tangan
link : Tong Gas LPG Meletup, Wanita Melecur Di Muka Dan Tangan
Tong Gas LPG Meletup, Wanita Melecur Di Muka Dan Tangan
TEMERLOH - Seorang wanita melecur di muka dan tangan apabila tong gas petroleum cecair (LPG) meletup di rumahnya di Taman Paya Taram, Kerdau petang semalam.
Kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu berlaku ketika mangsa, Hanita Mohd Mokhtar, 57, sedang menyalakan dapur memasak sebelum api menyambarnya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh, Penolong Penguasa Bomba, Syed Mohsen T Ismail berkata, dua pegawai dan empat anggota bersama sebuah jentera pemadam (FRT) yang dibantu tiga anggota BBP Bukit Angin serta Unit Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan insiden.
"Letupan terjadi ketika dapur sedang dinyalakan oleh mangsa dan kemudiannya api telah menyambar mangsa sebelum ia berjaya dipadamkan dengan menutup injap LPG tersebut.
"Mangsa cedera akibat melecur di bahagian muka dan tangan akibat letupan terbabit," katanya
Katanya,anggota terlibat membuat pemeriksaan di tempat kejadian untuk mengelakkan situasi dipercayai akibat LPG bocor berulang.
"Selain itu, rawatan awal diberikan unit EMRS Bukit Angin kepada mangsa sebelum dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk rawatan selanjutnya," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Tong Gas LPG Meletup, Wanita Melecur Di Muka Dan Tangan
Sekianlah artikel Tong Gas LPG Meletup, Wanita Melecur Di Muka Dan Tangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tong Gas LPG Meletup, Wanita Melecur Di Muka Dan Tangan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/03/tong-gas-lpg-meletup-wanita-melecur-di.html
0 Response to "Tong Gas LPG Meletup, Wanita Melecur Di Muka Dan Tangan"
Catat Ulasan