Loading...
Judul : Warga Emas Di Sahkan Mangsa Pertama Covid-19 Di Pahang !
link : Warga Emas Di Sahkan Mangsa Pertama Covid-19 Di Pahang !
Warga Emas Di Sahkan Mangsa Pertama Covid-19 Di Pahang !
Warga emas berkenaan dimasukkan ke Hospital Bentong pada 8 Mac lalu sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan keesokan harinya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, warga tempatan itu adalah kes ke-131 dikesan Kementerian Kesihatan (KKM) dan mula mempunyai gejala demam, batuk serta selesema pada 4 Mac lalu.
Beliau berkata, berdasarkan laporan, pesakit itu mengalami sesak nafas pada 8 Mac dan dimasukkan ke Hospital Bentong pada hari sama.
“Dia kemudiannya dirujuk ke HTAA pada 9 Mac dan ujian pengesanan Covid-10 yang diambil disahkan positif pada keesokan hari.
“Ketika ini pesakit ini sudah diasingkan dalam wad isolasi dan sedang menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya, hari ini.
Beliau berkata, kes yang dikesan melalui survelan KKM itu adalah kes dalam kalangan jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) dikesan dijangkiti Covid-19.
Noor Hisham berkata, siasatan teliti dilakukan terhadap pesakit ke-131 itu dan mendapati dia mempunyai sejarah menghadiri perjumpaan ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling.
“KKM menasihatkan mereka yang menghadiri program berkenaan segera menghubungi pejabat kesihatan daerah atau CPRC hotline untuk membendung penularan jangkitan Covid-19,” katanya.
Terdahulu, Noor Hisham berkata, berdasarkan maklumat awal, perhimpunan tabligh itu membabitkan anggaran 10,000 peserta dari beberapa negara termasuk Malaysia dengan penyertaan melebihi 5,000 orang.
Maklumat itu diperoleh berdasarkan kes positif pertama Covid-19 di Brunei membabitkan seorang lelaki yang baru pulang dari program berkenaan.
Susulan itu, Hospital Bentong membuka kaunter saringan dan pemeriksaan di hadapan pintu masuk kecemasan bagi menyaring individu yang memasuki hospital itu.
Selain itu, klinik kesihatan di daerah ini juga turut melakukan saringan dan pemeriksaan kepada individu yang datang ke klinik. #sumber
Demikianlah Artikel Warga Emas Di Sahkan Mangsa Pertama Covid-19 Di Pahang !
Sekianlah artikel Warga Emas Di Sahkan Mangsa Pertama Covid-19 Di Pahang ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Warga Emas Di Sahkan Mangsa Pertama Covid-19 Di Pahang ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/03/warga-emas-di-sahkan-mangsa-pertama.html

0 Response to "Warga Emas Di Sahkan Mangsa Pertama Covid-19 Di Pahang !"
Catat Ulasan