Loading...

Zahid: UMNO Sokong Muhyiddin PM Sehingga Habis Penggal

Loading...
Zahid: UMNO Sokong Muhyiddin PM Sehingga Habis Penggal - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid: UMNO Sokong Muhyiddin PM Sehingga Habis Penggal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid: UMNO Sokong Muhyiddin PM Sehingga Habis Penggal
link : Zahid: UMNO Sokong Muhyiddin PM Sehingga Habis Penggal

Baca juga


Zahid: UMNO Sokong Muhyiddin PM Sehingga Habis Penggal


KUALA LUMPUR: UMNO akan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga habis penggal, namun berasaskan beberapa garis panduan yang dipersetujui Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,  sokongan yang diberikan hingga terbentuknya kerajaan baharu pada 1 Mac lalu, adalah semata-mata satu tanggungjawab moral untuk menyelamatkan negara dari krisis politik berterusan.
Antara garis persetujuan yang dicapai, menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, kerajaan baharu harus memastikan aspirasi rakyat benar-benar direalisasikan.

“Kerajaan baharu ini harus melaksanakan tanggungjawabnya dengan memberikan kemakmuran kepada semua rakyat tanpa mengira batasan kaum, agama, kenegerian dan darjat.
“Kerajaan  baharu tidak sewajarnya mengulangi kesilapan yang dilakukan Kerajaan Pakatan Harapan terdahulu, dalam menguruskan isu yang menyentuh sensitiviti hubungan kaum negara ini,” katanya lagi.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan selepas MKT Khas UMNO yang Ahmad Zahid pengerusikan, bersidang hampir 3 jam, di Menara Dato Onn, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, UMNO akan terus bertindak sebagai agen semak dan imbang terhadap kerajaan baharu bagi memastikan suara dan aspirasi rakyat benar-benar terbela.

“UMNO juga akan meneruskan agenda utama memperkasakan Muafakat Nasional dengan rakan-rakan Pas dan juga memperkukuhkan Barisan Nasional bersama MCA, MIC, dan PBRS.

“UMNO terus komited mepertahankan kerajaan baharu pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selama mana aspirasi rakyat dipelihara dan memastikan kestabilan politik dan ekonomi dapat dijaga sehingga pilihan raya umum akan datang,” katanya lagi. #sumber


Demikianlah Artikel Zahid: UMNO Sokong Muhyiddin PM Sehingga Habis Penggal

Sekianlah artikel Zahid: UMNO Sokong Muhyiddin PM Sehingga Habis Penggal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zahid: UMNO Sokong Muhyiddin PM Sehingga Habis Penggal dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/03/zahid-umno-sokong-muhyiddin-pm-sehingga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Zahid: UMNO Sokong Muhyiddin PM Sehingga Habis Penggal"

Catat Ulasan

Loading...