Loading...

Covid-19: 150 Kes Baru, 5 Kematian, Hampir Separuh Sembuh

Loading...
Covid-19: 150 Kes Baru, 5 Kematian, Hampir Separuh Sembuh - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Covid-19: 150 Kes Baru, 5 Kematian, Hampir Separuh Sembuh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Covid-19: 150 Kes Baru, 5 Kematian, Hampir Separuh Sembuh
link : Covid-19: 150 Kes Baru, 5 Kematian, Hampir Separuh Sembuh

Baca juga


Covid-19: 150 Kes Baru, 5 Kematian, Hampir Separuh Sembuh


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan memaklumkan sebanyak 202 pesakit Covid-19 sembuh dan dibenarkan pulang hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh kepada 2,478.

Ia menandakan kadar kes sembuh adalah 49.7 peratus, iaitu hampir separuh daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia.

"Hari ini juga, bilangan kes yang didiscaj adalah melebihi bilangan kes baru yang dilaporkan." kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau memaklumkan sebanyak 150 kes baru positif Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kepasa 4,987 kes, kata Abdullah.

Beliau juga memaklumkan lima lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia, menjadikan jumlah kematian kepada 82.

Seramai 2,427 pesakit Covid-19 masih menjalani rawatan, katanya lagi.

Daripada jumlah itu, seramai 60 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), kurang enam berbanding semalam.

Daripada jumlah tersebut, seramai 33 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, kurang tiga berbanding semalam.

Berikut adalah lima kematian yang dilaporkan hari ini:

Pesakit 4,532 (kematian ke-78)

Lelaki dewasa tanpa identiti diri dan dipercayai bukan warga Malaysia yang ditemui mati di Kota Kinabalu, Sabah pada 6 April 2020.

Keputusan ujian sampel Covid-19 yang diambil semasa bedah siasat didapati positif pada 11 April 2020. Kes ini di bawah siasatan polis.

Pesakit 2,052 (kematian ke-79)

Lelaki warga Malaysia berumur 65 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 27 Mac dan disahkan meninggal dunia pada jam 5.17 pagi, hari ini.

Pesakit 4,818 (kematian ke-80)

Lelaki warga Malaysia berumur 63 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung dan penyakit buah pinggang.

Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 7 April dan disahkan meninggal dunia pada jam 11.36 malam, 12 April.

Pesakit 4,521 (kematian ke-81)

Perempuan warga Malaysia berumur 74 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit buah pinggang.

Beliau mempunyai sejarah kontak rapat kes positif Covid-19, iaitu kes ke-4088 yang telah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling.

Beliau telah dirawat di Hospital Melaka pada 9 April dan disahkan meninggal dunia pada jam 4.20 petang, 13 April.

Pesakit 1,649 (kematian ke-82)

Lelaki warga Malaysia berumur 81 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis.

Beliau mempunyai sejarah kontak rapat kes positif Covid-19, iaitu kes ke-343 yang telah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling.

Beliau telah dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 26 Mac dan disahkan meninggal dunia pada jam 11.50 pagi, hari ini. #sumber


Demikianlah Artikel Covid-19: 150 Kes Baru, 5 Kematian, Hampir Separuh Sembuh

Sekianlah artikel Covid-19: 150 Kes Baru, 5 Kematian, Hampir Separuh Sembuh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Covid-19: 150 Kes Baru, 5 Kematian, Hampir Separuh Sembuh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/04/covid-19-150-kes-baru-5-kematian-hampir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Covid-19: 150 Kes Baru, 5 Kematian, Hampir Separuh Sembuh"

Catat Ulasan

Loading...