Loading...
Judul : Covid-19: Jemaah Tabligh Kuantan Sedia Di Saring Sekali Lagi
link : Covid-19: Jemaah Tabligh Kuantan Sedia Di Saring Sekali Lagi
Covid-19: Jemaah Tabligh Kuantan Sedia Di Saring Sekali Lagi
KUANTAN - Jemaah tabligh Kuantan dari Miri, Sarawak yang tiba di daerah ini hari ini bersedia untuk menjalani ujian saringan koronavirus (Covid-19) sekali lagi bagi memastikan mereka bebas sepenuhnya daripada jangkitan wabak itu.
Wakilnya, Mohd Abdul Salam Abdul Ghani, 40, berkata, seramai 14 orang daripada kumpulan mereka disahkan negatif Covid-19 selepas menjalani saringan dan dikuarantin selama 14 hari di Hospital Miri, Sarawak sebelum kembali ke Kuantan.
Menurutnya, mereka semua dibenarkan kembali ke Kuantan dengan kebenaran pihak polis, Kementerian Kesihatan (KKM) dan pelbagai agensi lain, namun perlu dikuarantin sebelum pulang ke rumah masing-masing.
"Kami sudah tiba di Kuantan pagi tadi dan kini sedang menjalani kuarantin di sebuah rumah penginapan di sini.
"Jika pihak KKM minta kami jalani ujian saringan sekali lagi, kami tiada masalah berbuat demikian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.
"Tugas kami hanya menyebarkan hidayat ALLAH supaya semua manusia kembali kepada-NYA," katanya.
Beliau berkata, jemaah yang diketuainya itu keluar berdakwah ke Miri pada 10 Mac lalu selepas menyertai perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling.
"Kami jemaah pertama yang membuat saringan sebelum dibawa ke Hospital Miri untuk dikuarantinkan.
"Alhamdulillah, ujian itu mengesahkan kami semua negatif," katanya.
.
Dalam pada itu Mohd Abdul Salam turut berterima kasih kepada semua pihak terutamanya KKM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan semua pasukan barisan hadapan di atas layanan yang baik sepanjang menjalani kuarantin.
"Jasa mereka semua akan kami kenang selalu, semoga ALLAH Taala membalas dengan sebaik-baik ganjaran kepada semua," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Covid-19: Jemaah Tabligh Kuantan Sedia Di Saring Sekali Lagi
Sekianlah artikel Covid-19: Jemaah Tabligh Kuantan Sedia Di Saring Sekali Lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Jemaah Tabligh Kuantan Sedia Di Saring Sekali Lagi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/04/covid-19-jemaah-tabligh-kuantan-sedia.html
0 Response to "Covid-19: Jemaah Tabligh Kuantan Sedia Di Saring Sekali Lagi"
Catat Ulasan