Loading...

Kanak-Kanak Lemas Selepas Mandi Bersama Datuk Dan Nenek

Loading...
Kanak-Kanak Lemas Selepas Mandi Bersama Datuk Dan Nenek - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kanak-Kanak Lemas Selepas Mandi Bersama Datuk Dan Nenek, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kanak-Kanak Lemas Selepas Mandi Bersama Datuk Dan Nenek
link : Kanak-Kanak Lemas Selepas Mandi Bersama Datuk Dan Nenek

Baca juga


Kanak-Kanak Lemas Selepas Mandi Bersama Datuk Dan Nenek


SIBU – Seorang kanak-kanak lelaki hilang dan dikhuatiri lemas selepas mandi bersama datuk dan neneknya di Sungai Ngemah, kawasan penempatan semula Nanga Jagau, Kanowit, 70km ke tenggara dari sini kira-kira pukul 4.30 petang, semalam.

Nekson Dana Raimond, tujuh tahun, hanyut dibawa arus deras selepas neneknya terlepas pegangan tangannya ketika mahu naik ke daratan untuk bersalin pakaian, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit, Arrahman Chik hari ini.

“Datuk dan neneknya bergegas balik ke rumah panjang Unau Mou untuk meminta bantuan penduduk mencari mangsa. Pencarian bermula pukul 5.00 petang dengan menggunakan tiga buah perahu namun sehingga pukul 7.00 malam mangsa masih belum dijumpai,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kejadian telah ditularkan dalam media sosial pada malam tadi sebelum bilik kawalan Bomba dan Penyelamat Kanowit menghubungi ketua masyarakat Penghulu Juni Massam untuk mendapatkan maklumat.

Menurut beliau, pada awalnya ibu bapa mangsa bersama Tuai Rumah Unau telah berbincang dan bersetuju untuk tidak mendapatkan pertolongan bomba dan polis untuk mencari mangsa kerana takut dengan penularan COVID-19.

Bagaimanapun, selepas satu perbincangan dengan pihak bomba dan polis pada 7.40 pagi hari ini, kedua-dua pihak telah menghantar sepasukan anggota ke Nanga Jagau untuk membantu menjalankan usaha mencari dan menyelamat mangsa bersama penduduk rumah panjang berkenaan. #sumber


Demikianlah Artikel Kanak-Kanak Lemas Selepas Mandi Bersama Datuk Dan Nenek

Sekianlah artikel Kanak-Kanak Lemas Selepas Mandi Bersama Datuk Dan Nenek kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kanak-Kanak Lemas Selepas Mandi Bersama Datuk Dan Nenek dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/04/kanak-kanak-lemas-selepas-mandi-bersama.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kanak-Kanak Lemas Selepas Mandi Bersama Datuk Dan Nenek"

Catat Ulasan

Loading...