Loading...
Judul : Kluster Bali: 1,500 Individu Jalani Saringan Covid-19 Hari Ini !
link : Kluster Bali: 1,500 Individu Jalani Saringan Covid-19 Hari Ini !
Kluster Bali: 1,500 Individu Jalani Saringan Covid-19 Hari Ini !
KUANTAN - Sejumlah 1,500 individu dipanggil menjalani saringan koronavirus (Covid-19) dan pengambilan sampel menerusi kaedah pandu lalu di Terminal Sentral Kuantan, di sini hari ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Bahari Tok Muda berkata, kesemua mereka terdiri daripada kontak langsung dan tidak langsung pesakit Covid-19 dari kluster Bali di Hospital Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) Kuantan termasuk warga kerja dan keluarga mereka.
Menurutnya, mereka yang dikenal pasti merupakan kumpulan berisiko Covid-19 yang perlu diberi perhatian.
"Mereka ini termasuklah pesakit yang dirawat di IIUM sejak 19 hingga 21 April, staf yang bertugas serta ahli keluarga dan anak-anak kepada petugas kesihatan yang bekerja di hospital terbabit," katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, tinjauan di lokasi mendapati sebanyak 10 kaunter dibuka bagi melancarkan proses saringan.
Mengulas lanjut katanya, saringan pandu lalu Covid-19 itu membabitkan kerjasama Klinik Kesihatan Maran, Pekan dan Kuantan melibatkan kira-kira 100 petugas kesihatan dan barisan hadapan.
Jelasnya, inisiatif berkenaan mendapat sambutan baik daripada mereka yang dikenal pasti sebagai langkah awal dan berjaga-jaga, seterusnya tindakan lebih awal dapat dilaksanakan.
"Setakat ini, petugas kesihatan dan keluarga yang dipanggil adalah dari IIUM sahaja," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Kluster Bali: 1,500 Individu Jalani Saringan Covid-19 Hari Ini !
Sekianlah artikel Kluster Bali: 1,500 Individu Jalani Saringan Covid-19 Hari Ini ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kluster Bali: 1,500 Individu Jalani Saringan Covid-19 Hari Ini ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/04/kluster-bali-1500-individu-jalani.html
0 Response to "Kluster Bali: 1,500 Individu Jalani Saringan Covid-19 Hari Ini !"
Catat Ulasan