Loading...

Lagi Kes Langgar PKP, Kali Ini Guna Nama Ketua Polis Negara

Loading...
Lagi Kes Langgar PKP, Kali Ini Guna Nama Ketua Polis Negara - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lagi Kes Langgar PKP, Kali Ini Guna Nama Ketua Polis Negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lagi Kes Langgar PKP, Kali Ini Guna Nama Ketua Polis Negara
link : Lagi Kes Langgar PKP, Kali Ini Guna Nama Ketua Polis Negara

Baca juga


Lagi Kes Langgar PKP, Kali Ini Guna Nama Ketua Polis Negara


KUALA LUMPUR – Selepas tersebar mengenai seorang individu yang melakukan perjalanan jauh bagi tujuan meragukan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan memuat naik perbuatan itu di laman sosial sehingga menjadi viral, hari ini timbul pula cubaan melanggar perintah itu.
Lebih mengejutkan, status itu turut mengaitkan nama Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador dengan mendakwa bapanya adalah rakan kepada Abdul Hamid.
Dalam satu entri di Twitter, seorang pelayar Aznie Afiza berkata, beliau berjaya pulang ke Kuantan pada 12 April lalu.
“Harini mood swing skit…ptg td cakap kt mama papa nk balik Kuantan…then papa call KPN TS Hamid sbb tu kawan dia tp no answer.
“Maybe dia tak blh jawab panggilan sbb terlalu ramai org minta tlg time covid ni kot…. cuba nasib kalau “Cable” ini membantu,” tulis Aznie Afiza di Twitter.
Beliau turut memuatnaik video berdurasi 14 saat yang menunjukkan beliau telah tiba di persimpangan Genting Sempah untuk ke Kuantan.
“Alhamdulillah,” katanya di video berkenaan.
Hasil carian di Twitter mendapati akaun tersebut telah dipadamkan hari ini.
Semalam Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata polis sudah mengenal pasti identiti keluarga yang melakukan perjalanan jauh bagi tujuan meragukan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Is ekoran tular di media-media sosial menunjukkan sebuah keluarga yang terdiri daripada dua dewasa, seorang kanak-kanak dan seorang bayi sedang berada di dalam sebuah kereta.
“Alhamdulillah, dah selamat sampai KL bawa satu keluarga.
“Tips dia, hendak bawa anak pergi hospital, anak-anak di belakang tiada orang jaga,” demikian kapsyen pada gambar berkenaan. #sumber


Demikianlah Artikel Lagi Kes Langgar PKP, Kali Ini Guna Nama Ketua Polis Negara

Sekianlah artikel Lagi Kes Langgar PKP, Kali Ini Guna Nama Ketua Polis Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lagi Kes Langgar PKP, Kali Ini Guna Nama Ketua Polis Negara dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/04/lagi-kes-langgar-pkp-kali-ini-guna-nama.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lagi Kes Langgar PKP, Kali Ini Guna Nama Ketua Polis Negara"

Catat Ulasan

Loading...