Loading...
Judul : MB: Tunaikan Zakat Harta Di Rumah Bagi Warga Emas, Uzur !
link : MB: Tunaikan Zakat Harta Di Rumah Bagi Warga Emas, Uzur !
MB: Tunaikan Zakat Harta Di Rumah Bagi Warga Emas, Uzur !
KUANTAN - Warga emas dan golongan yang uzur di negeri ini dibolehkan membuat temu janji dengan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang bagi urusan pembayaran zakat harta di kediaman masing-masing.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kemudahan itu diberikan sekiranya mereka tidak berkemampuan untuk melakukan pembayaran zakat harta secara dalam talian.
Bagaimanapun katanya, petugas PKZ perlu mengambil langkah keselamatan yang ditetapkan seperti memakai topeng muka sewaktu pembayaran zakat harta dilakukan di kediaman pembayar.
"Petugas PKZ Pahang diingatkan supaya menjaga jarak dan menggunakan cecair pembasmi kuman bagi membendung penularan Covid-19.
"Selain itu, mereka juga diminta untuk meminimumkan masa urusan bersama pembayar, tidak dibenarkan bersalaman dengan pembayar dan pembayar hanya dibekalkan resit sementara," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata, resit rasmi pembayaran akan diposkan kepada pembayar selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.
Wan Rosdy berkata, bagi pembayar zakat yang tidak berdepan masalah pembayaran secara dalam talian, mereka boleh berbuat demikian menerusi portal rasmi PKZ Pahang www.zakatpahang.my.
Jelasnya, segala urusan bayaran zakat harta hendaklah dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi PKZ, pertukaran proses kewangan (FPX) dan perbankan internet melalui 12 bank terpilih.
"Pembayar juga boleh menggunakan aplikasi PahangGo iaitu secara debit, kad kredit atau e-Wallet," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel MB: Tunaikan Zakat Harta Di Rumah Bagi Warga Emas, Uzur !
Sekianlah artikel MB: Tunaikan Zakat Harta Di Rumah Bagi Warga Emas, Uzur ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MB: Tunaikan Zakat Harta Di Rumah Bagi Warga Emas, Uzur ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/04/mb-tunaikan-zakat-harta-di-rumah-bagi.html
0 Response to "MB: Tunaikan Zakat Harta Di Rumah Bagi Warga Emas, Uzur !"
Catat Ulasan