Loading...

MCCF: Mengapa Ribuan Warga Asing Boleh Menetap Di Sini ?

Loading...
MCCF: Mengapa Ribuan Warga Asing Boleh Menetap Di Sini ? - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MCCF: Mengapa Ribuan Warga Asing Boleh Menetap Di Sini ?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MCCF: Mengapa Ribuan Warga Asing Boleh Menetap Di Sini ?
link : MCCF: Mengapa Ribuan Warga Asing Boleh Menetap Di Sini ?

Baca juga


MCCF: Mengapa Ribuan Warga Asing Boleh Menetap Di Sini ?


KUALA LUMPUR: Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan berita segelintir warga asing membaling objek, seperti pasu bunga malah ada juga dakwaan najis serta air kencing, ke arah anggota keselamatan semasa sedang bertugas di Selangor Mansion di kawasan Masjid India di sini.

Ini kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terpaksa melakukan kawalan ke atas dua blok bangunan kediaman iaitu Malayan dan Selangor Mansion susulan perisytiharan dua blok bangunan flat itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dengan 47 kes kes positif Covid-19.

Hampir kesemua penduduk di dua blok bangunan itu, atau kira-kira 6,000 orang, adalah warga asing dari India, Pakistan, Bangladesh dan Myanmar.

Ia  terletak kira-kira 500 meter dari lokasi Plaza City One, yang lebih awal dikenakan PKPD pada 31 Mac lalu.

Menurut Presiden Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Halim Ishak, bilangan warga asing yang tinggal di kedua-dua blok bangunan itu sangat mengejutkan serta membimbangkan.

Kata beliau, pihak berkuasa terpaksa mengepung dan berkawal di kawasan itu berikutan sejumlah pesakit positif Covid-19 dipercayai dari kluster tabligh Masjid Sri Petaling.

“Saya ada persoalan, bagaimana ribuan warga dibenar mendiami rumah di tengah kotaraya sedangkan ianya adalah hak rakyat Malaysia?

“Adakah mereka semua mempunyai dokumen yang sah? Siapakah majikan mereka? Apakah selama ini pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) khususnya dan pihak badan penguatkuasa yang lain tidak mengetahuinya?

“Bangunan indah DBKL yang berkuasa penuh di KL tidak sampai 500 meter jarak dari bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion. Dan kini kita terpaksa pula menghadapi kes peningkatan pesakit Covid-19 dalam kalangan warga asing?

“Malah kita kita berdepan dengan pelbagai isu termasuk baling-baling barang ke atas anggota berkawal, warga asing yang kini dikenakan PKPD pula berhadapan dengan masalah makanan dan sebagainya sehingga kerajaan terpaksa berhempas pulas bertanggungjawab memastikan semuanya cukup untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada MalaysiaGazette warga asing yang dilihat tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini dan berita ‘kurang enak’ sejak akhir-akhir ini termasuk kebanjiran warga asing di Pasar Borong Selayang.

MCCF merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang enjalankan penyelidikan isu kebanjiran warga asing sejak tahun 2015 selain menawarkan perkhidmatan kertas cadangan kepada penyelesaian menyeluruh isu warga asing kepada kementerian berkaitan.

Kata Halim Ishak, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat perkara itu bagi memastikan kebanjiran warga asing dapat ditangani.

“Mungkin Covid-19 ini akan membuka mata pelbagai pihak, kita harap SPRM siasat dan tindakan tegas di ambil kepada mana-mana pihak terlibat menjadi dalang kebanjiran warga selain khianati hak kediaman rakyat Malaysia,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel MCCF: Mengapa Ribuan Warga Asing Boleh Menetap Di Sini ?

Sekianlah artikel MCCF: Mengapa Ribuan Warga Asing Boleh Menetap Di Sini ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MCCF: Mengapa Ribuan Warga Asing Boleh Menetap Di Sini ? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/04/mccf-mengapa-ribuan-warga-asing-boleh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MCCF: Mengapa Ribuan Warga Asing Boleh Menetap Di Sini ?"

Catat Ulasan

Loading...