Loading...

MUIP Putuskan Tiada Khidmat Amil Urus Kutipan Zakat Fitrah

Loading...
MUIP Putuskan Tiada Khidmat Amil Urus Kutipan Zakat Fitrah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MUIP Putuskan Tiada Khidmat Amil Urus Kutipan Zakat Fitrah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MUIP Putuskan Tiada Khidmat Amil Urus Kutipan Zakat Fitrah
link : MUIP Putuskan Tiada Khidmat Amil Urus Kutipan Zakat Fitrah

Baca juga


MUIP Putuskan Tiada Khidmat Amil Urus Kutipan Zakat Fitrah


KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) memutuskan tiada khidmat amil bagi menguruskan kutipan zakat fitrah pada Ramadan tahun ini.
Sehubungan itu, setiausahanya, Datuk Ahmad Hairi Hussain berkata, MUIP menetapkan kaedah bayaran pada tahun ini adalah secara dalam talian melalui laman sesawang ezakat.muip.gov.my.
Katanya, kemudahan pembayaran lain yang turut disediakan ialah melalui aplikasi PahangGo dan SnapNPay yang akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.
“Kemudahan ini dalam usaha memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19 dan pematuhan kepada penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Bagi mereka yang tiada kemudahan internet untuk membuat bayaran secara dalam talian, dibolehkan memilih kaedah bayaran melalui sistem pesanan tingkas (SMS) zakat fitrah Pahang 15888.
“Kaedah bayaran SMS ini adalah pilihan terakhir hanya kepada mereka yang tiada kemudahan
membuat bayaran secara dalam talian, tidak mempunyai anak atau saudara mara atau individu yang boleh membantu membuat bayaran serta tiada wakil untuk membayar zakat fitrah secara dalam talian bagi pihak mereka.
“Melalui kaedah ini, MUIP akan mendahulukan bayaran bagi pihak pembayar dan pembayar membuat bayaran semula kepada majlis selepas berakhir tempoh PKP.
“Jika ditamatkan PKP di dalam bulan Ramadan, khidmat amil akan disediakan maka kaedah bayaran melalui 15888 ini tidak lagi disediakan.
“Keharusan menggunakan kaedah bayaran melalui zakat fitrah Pahang 15888 ini adalah berdasarkan keputusan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang.
“Kadar zakat fitrah di Pahang tahun ini masih kekal RM7 dan semua umat Islam di dalam negeri ini hendaklah mengeluarkan zakat fitrah mereka bermula dari awal Ramadan dan selewat-lewatnya sebelum solat sunat Aidilfitri,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Dalam perkembangan sama, Ahmad Hairi berkata, sesiapa yang didapati memungut zakat fitrah tanpa diberi kuasa atau dilantik oleh MUIP adalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 38 Enakmen
Kesalahan Jenayah Syariah 2013.
Katanya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM3,000 atau penjara tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya sekali.
“Sempena Ramadan yang diberkati tahun ini, umat Islam digalakkan menghidupkan bulan ini dengan amal ibadah dan patuh dengan apa-apa ketetapan pihak berkuasa selama tempoh PKP ini berkuatkuasa,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel MUIP Putuskan Tiada Khidmat Amil Urus Kutipan Zakat Fitrah

Sekianlah artikel MUIP Putuskan Tiada Khidmat Amil Urus Kutipan Zakat Fitrah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MUIP Putuskan Tiada Khidmat Amil Urus Kutipan Zakat Fitrah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/04/muip-putuskan-tiada-khidmat-amil-urus.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MUIP Putuskan Tiada Khidmat Amil Urus Kutipan Zakat Fitrah"

Catat Ulasan

Loading...