Loading...
Judul : NGO Gesa JPN Siasat Penjualan Mykad Kepada Warga Asing
link : NGO Gesa JPN Siasat Penjualan Mykad Kepada Warga Asing
NGO Gesa JPN Siasat Penjualan Mykad Kepada Warga Asing
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) menggesa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melakukan siasatan dalaman bagi memastikan tiada kes berhubung pengeluaran sijil kelahiran dan kad pengenalan secara penipuan berleluasa.
Presidennya, Datuk Seri Zuhairi Ab Kadir, berkata ia susulan banyak pihak yang mahu kegiatan penjualan MyKad oleh individu yang terbabit untuk mencari keuntungan dari warga asing dibongkar menerusi siasatan menyeluruh.
“JPN perlu mencungkil satu persatu maklumat mengenai penjualan MyKad kepada warga asing yang boleh menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya.
“Tak boleh dibiarkan sewenang-wenangnya dilakukan oleh sesiapa, lebih-lebih lagi oleh pegawai dalam jabatan.
Zuhairi berkata, tindakan segera mesti dilakukan bagi meneliti rekod yang tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan pihaknya dan perlu dibatalkan.
“Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin perlu mengarahkan penubuhan pasukan petugas khas bagi menyiasat perkara itu (kes penjualan MyKad kepada warga asing) dan sebarang kemusykilan yang timbul berhubung perkara ini, dihapuskan serta-merta menerusi siasatan menyeluruh,” katanya.
Pada 19 Ogos lalu, 20 individu termasuk pegawai dan kakitangan JPN Pulau Pinang ditahan polis bagi membantu siasatan kes penjualan MyKad kepada warga asing secara tidak sah.
Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan menyifatkan penjualan dokumen MyKad dan sijil kelahiran kepada warga asing itu sebagai pengkhianatan besar terhadap negara.
Bagaimanapun katanya, JPN perlu mengkaji semula serta menambah baik prosedur pengeluaran sijil kelahiran dan kad pengenalan bagi memastikan tiada ruang penyelewengan serta salah guna kuasa oleh pihak tidak bertanggungjawab. #PDO
Demikianlah Artikel NGO Gesa JPN Siasat Penjualan Mykad Kepada Warga Asing
Sekianlah artikel NGO Gesa JPN Siasat Penjualan Mykad Kepada Warga Asing kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel NGO Gesa JPN Siasat Penjualan Mykad Kepada Warga Asing dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/04/ngo-gesa-jpn-siasat-penjualan-mykad.html
0 Response to "NGO Gesa JPN Siasat Penjualan Mykad Kepada Warga Asing"
Catat Ulasan