Loading...

PAS: Ahli Parlimen Di Lantik Ketuai GLC Bagi Pantau Syarikat

Loading...
PAS: Ahli Parlimen Di Lantik Ketuai GLC Bagi Pantau Syarikat - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS: Ahli Parlimen Di Lantik Ketuai GLC Bagi Pantau Syarikat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS: Ahli Parlimen Di Lantik Ketuai GLC Bagi Pantau Syarikat
link : PAS: Ahli Parlimen Di Lantik Ketuai GLC Bagi Pantau Syarikat

Baca juga


PAS: Ahli Parlimen Di Lantik Ketuai GLC Bagi Pantau Syarikat


KUALA LUMPUR:  Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Zuhdi Marzuki, berkata ia menjadikan kerajaan benar-benar bertanggungjawab kepada rakyat kerana melantik pengerusi GLCdalam kalangan mereka yang dipilih oleh rakyat.

Apa yang penting katanya, barisan pengurusan dan pentadbiran GLC itu bukan dilantik dalam kalangan orang politik.

“Pandangan saya pendekatan yang dibuat kerajaan Pakatan Nasional (PN) ini memperlihatkan kerajaan benar-benar bertanggungjawab kepada rakyat kerana pengerusi GLC yang dilantik adalah mereka yang dipilih oleh rakyat.

“Peranan mereka adalah mewakili rakyat memantau perjalanan sesuatu GLC," katanya yang dipetik BH, hari ini.

Bagaimanapun katanya, urusan pengurusan dan pentadbiran GLC dilaksanakan oleh ketua pegawai eksekutif, pengarah atau pengurus besar yang seharusnya bukan dari pemimpin politik.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata kesemua anggota parlimen kerajaan persekutuan yang tidak dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri akan dilantik mempengerusikan agensi dan GLC.

Takiyuddin berkata, beliau difahamkan semua anggota parlimen kerajaan akan diberi tanggungjawab mengendalikan GLC.

"MP PAS ada 18 orang, lapan orang dah jadi menteri dan timbalan menteri, seorang jadi duta khas perdana menteri ke Timur Tengah.

"Tinggal sembilan orang (lagi). Alhamdulillah saya difahamkan semua MP kerajaan akan diberikan tanggungjawab mengendalikan GLC," katanya kepada media di Kota Bharu.

Sementara itu, Zuhdi menambah bahawa pelantikan anggota parlimen sebagai pengerusi GLC memberi kelebihan untuk mereka menjawab persoalan isu berbangkit di parlimen.

“Sebelum ini, soalan berkaitan GLC jika ditanya di dalam Parlimen akan dijawab oleh menteri yang berkaitan dengan GLC terbabit.

“Selepas ini, parlimen mungkin boleh mewujudkan satu mekanisme supaya soalan berkaitan GLC tertentu dijawab secara langsung oleh pengerusi GLC yang juga anggota parlimen,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, perlu dibezakan antara badan membuat keputusan dalam sesuatu GLC dan badan yang mentadbir dan menguruskan GLC.

“Badan membuat keputusan GLC memang sesuai diberi kepada pihak pembuat dasar termasuk dalam kalangan ahli parlimen manakala badan yang mentadbir dan menguruskan GLC seharusnya diberi kepada bukan golongan politik," tambahnya lagi. #sumber


Demikianlah Artikel PAS: Ahli Parlimen Di Lantik Ketuai GLC Bagi Pantau Syarikat

Sekianlah artikel PAS: Ahli Parlimen Di Lantik Ketuai GLC Bagi Pantau Syarikat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS: Ahli Parlimen Di Lantik Ketuai GLC Bagi Pantau Syarikat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/04/pas-ahli-parlimen-di-lantik-ketuai-glc.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS: Ahli Parlimen Di Lantik Ketuai GLC Bagi Pantau Syarikat"

Catat Ulasan

Loading...