Loading...

PKP: Kena Denda RM1,000 Naik Satu Kereta Ke Pasar Raya !

Loading...
PKP: Kena Denda RM1,000 Naik Satu Kereta Ke Pasar Raya ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKP: Kena Denda RM1,000 Naik Satu Kereta Ke Pasar Raya !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKP: Kena Denda RM1,000 Naik Satu Kereta Ke Pasar Raya !
link : PKP: Kena Denda RM1,000 Naik Satu Kereta Ke Pasar Raya !

Baca juga


PKP: Kena Denda RM1,000 Naik Satu Kereta Ke Pasar Raya !


KUALA LUMPUR - Pasangan suami isteri bersama seorang jiran mereka didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini berhubung pertuduhan ingkar terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menaiki sebuah kereta secara beramai-ramai.
Muhammad Hanafi Abdullah, 27, bersama isterinya, Syrifah Saadiah Syd Taha, 26 dan jiran mereka, Salmah Khalid, 45, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Mereka didapati berkongsi kereta untuk keluar membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya dan didakwa melakukan kesalahan itu ketika ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) Batu 5, Lebuh Raya Besraya, di sini pada jam 10.10 pagi, 16 April lalu.
Mereka didakwa mengikut Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020 berdepan hukuman denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatin Mohamad Farid memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam.
Majistret M Saravanan menasihati mereka supaya mematuhi saranan kerajaan untuk memutuskan rantaian koronavirus (Covid-19) ketika ini.
“Lebih baik buat senarai barang dan wakilkan seorang sahaja untuk membeli barang,” katanya.
Ketiga-tiga tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dan menyesal atas perbuatan tersebut.
Mereka merupakan antara 51 tertuduh yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan melanggar PKP, hari ini.
Kesemua tertuduh termasuk 10 wanita dan 14 warga Bangladesh, Myanmar serta Indonesia, didenda RM800 hingga RM 1,000 seorang, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Mahkamah turut memerintahkan setiap tertuduh dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.
Mereka yang berusia dari 21 hingga 46 tahun itu, didakwa ingkar PKP di Cheras, Brickfield, Setapak dan Pantai Dalam antara 16 hingga 23 April lalu.
Mereka didapati bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain yang diwartakan dengan tujuan bukan dalam mana-mana perkara yang diperuntukkan.
Tertuduh didakwa mengikut peraturan 3(1), 6 (1) atau 11 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 dan penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Najihah Farhana Che Awang memohon agar tertuduh menerima hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai supaya tidak mengulangi kesalahan sama.
Bagaimanapun, semua tertuduh merayu dikenakan hukuman ringan kerana tidak mampu untuk membayar denda. #sumber


Demikianlah Artikel PKP: Kena Denda RM1,000 Naik Satu Kereta Ke Pasar Raya !

Sekianlah artikel PKP: Kena Denda RM1,000 Naik Satu Kereta Ke Pasar Raya ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKP: Kena Denda RM1,000 Naik Satu Kereta Ke Pasar Raya ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/04/pkp-kena-denda-rm1000-naik-satu-kereta.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PKP: Kena Denda RM1,000 Naik Satu Kereta Ke Pasar Raya !"

Catat Ulasan

Loading...