Loading...

PKP: Masih Ada Yang Berdegil Tunai Solat Jemaah Di Masjid

Loading...
PKP: Masih Ada Yang Berdegil Tunai Solat Jemaah Di Masjid - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKP: Masih Ada Yang Berdegil Tunai Solat Jemaah Di Masjid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKP: Masih Ada Yang Berdegil Tunai Solat Jemaah Di Masjid
link : PKP: Masih Ada Yang Berdegil Tunai Solat Jemaah Di Masjid

Baca juga


PKP: Masih Ada Yang Berdegil Tunai Solat Jemaah Di Masjid


KOTA BHARU – Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah memasuki Fasa Ketiga, terdapat segelintir penduduk di Kelantan yang masih ingkar terhadap arahan dikuatkuasakan kerajaan dengan menunaikan solat jemaah di masjid dan surau.

Sikap degil tersebut didedahkan dalam Facebook rasmi Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Negeri Kelantan semalam, yang memaparkan beberapa keping gambar mengenai tindakan segelintir penduduk di satu lokasi di negeri berkenaan dilihat masih tidak prihatin dengan larangan kerajaan itu yang tidak membenarkan sebarang aktiviti perhimpunan termasuk solat jemaah selain perlu mengamalkan penjarakan sosial.

Menurut kenyataan di laman tersebut, seramai tujuh orang Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) dan seorang pemandu telah membuat pemantauan serta pemerhatian di lokasi tersebut dan mendapati sembilan orang makmum bersama seorang imam berada dalam masjid tersebut dipercayai sedang menunaikan solat Isyak.

Setelah mereka selesai menunaikan solat tersebut, para jemaah itu telah diberikan taklimat ringkas serta amaran supaya mematuhi arahan pentadbiran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).


Walaupun melakukan penjarakan sosial semasa solat, namun amaran tegas tetap diberikan kepada mereka yang terlibat. 

Dalam pada itu, tali rentang juga telah dipasang di kawasan sekitar masjid sebagai peringatan kepada orang awam supaya tidak berkumpul di masjid termasuk untuk solat berjemaah.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Datuk Che Mohd Rahim Jusoh ketika dihubungi memberitahu, pihaknya akan terus menjalankan operasi pemeriksaan dan bertindak segera terhadap aduan dikemukakan orang ramai.

Melalui perkongsian di Facebook sama, Jaheik turut memberi penegasan tegas akan membuat pemantauan berterusan bagi memastikan warga masjid dan surau sentiasa mematuhi arahan pentadbiran yang dikeluarkan oleh MAIK berdasarkan saranan kerajaan susulan wabak Covid-19.

Untuk PKP Fasa Ketiga, tiada lagi amaran yang akan dikenakan sebaliknya jika disabitkan kesalahan, tindakan akan dilakukan berdasarkan Seksyen 121 Enakmen MAIK dengan denda RM5,000 atau tiga penjara, atau kedua-duanya. #sumber


Demikianlah Artikel PKP: Masih Ada Yang Berdegil Tunai Solat Jemaah Di Masjid

Sekianlah artikel PKP: Masih Ada Yang Berdegil Tunai Solat Jemaah Di Masjid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKP: Masih Ada Yang Berdegil Tunai Solat Jemaah Di Masjid dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/04/pkp-masih-ada-yang-berdegil-tunai-solat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PKP: Masih Ada Yang Berdegil Tunai Solat Jemaah Di Masjid"

Catat Ulasan

Loading...