Loading...

PKP: Pengecualian Kilang Arak Tidak Selari Dengan Dasar PN

Loading...
PKP: Pengecualian Kilang Arak Tidak Selari Dengan Dasar PN - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKP: Pengecualian Kilang Arak Tidak Selari Dengan Dasar PN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKP: Pengecualian Kilang Arak Tidak Selari Dengan Dasar PN
link : PKP: Pengecualian Kilang Arak Tidak Selari Dengan Dasar PN

Baca juga


PKP: Pengecualian Kilang Arak Tidak Selari Dengan Dasar PN


KUALA LUMPUR:  Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa membidas keputusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang memberi pengecualian kepada syarikat arak, Heineken Malaysia Bhd untuk beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dakwanya bertentangan dengan dasar yang ditetapkan.

“Ini jelas tidak selari dengan dasar yang diputuskan. Tindakan perlu diambil segera,” katanya dalam satu ciapan di Twitter hari ini.

Pemimpin Umno itu mengulas hantaran seorang netizen yang memprotes terhadap pengecualian berkenaan.
 
Sebelum ini, sepucuk surat dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang memberi pengecualian kepada syarikat arak itu untuk beroperasi tular di media sosial.

Dalam surat bertarikh 31 Mac yang dilihat Malaysiakini, kementerian berkenaan membenarkan syarikat pembekal bir itu beroperasi dalam PKP, susulan permohonan yang dibuat pada 24 Mac.


Pihak Heineken kemudian mengesahkan ketulenan surat itu melalui satu kenyataan sambil menambah bahawa operasi terhad mereka itu hanya dibenarkan dengan 10 peratus pekerja semasa PKP.

Sebelum ini, PAS juga menjadi sebahagian daripada jemaah menteri kerajaan PN turut membantah pelepasan yang diberikan kepada kilang arak itu.

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Nasrudin Hassan, berkata beliau tidak pasti sama ada surat yang tular itu benar atau tidak, justeru belum ada kenyataan rasmi kerajaan memperakuinya walaupun terdapat dakwaan bahawa syarikat arak berkenaan mengesahkan bahawa surat itu benar.

“Jika ia benar, maka saya yakin umat Islam khasnya akan tersinggung dan membantah pengecualian tersebut.

“Sementara PAS yang kini menjadi sebahagian dari kerajaan, pastinya akan mengambil peranan yang wajar agar kerajaan menimbang semula serta menarik balik pengecualian tersebut.

“Justeru arak bukan minuman utama kepada rakyat sehingga ia boleh memudaratkan ekonomi negara dan makan minum rakyat di saat negara berdepan PKP ini,” kata Nasrudin dalam satu hantaran di Facebook hari ini. #sumber



Demikianlah Artikel PKP: Pengecualian Kilang Arak Tidak Selari Dengan Dasar PN

Sekianlah artikel PKP: Pengecualian Kilang Arak Tidak Selari Dengan Dasar PN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKP: Pengecualian Kilang Arak Tidak Selari Dengan Dasar PN dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/04/pkp-pengecualian-kilang-arak-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PKP: Pengecualian Kilang Arak Tidak Selari Dengan Dasar PN"

Catat Ulasan

Loading...