Loading...

Polis Pahang: Seramai 590 Individu Di Tangkap Ingkar PKP !

Loading...
Polis Pahang: Seramai 590 Individu Di Tangkap Ingkar PKP ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Pahang: Seramai 590 Individu Di Tangkap Ingkar PKP !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Pahang: Seramai 590 Individu Di Tangkap Ingkar PKP !
link : Polis Pahang: Seramai 590 Individu Di Tangkap Ingkar PKP !

Baca juga


Polis Pahang: Seramai 590 Individu Di Tangkap Ingkar PKP !


KUANTAN - Seramai 590 individu di Pahang ditahan kerana didapati ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang tempoh pelaksanaan fasa satu dan dua bermula 18 Mac hingga semalam.
Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 559 lelaki dan 33 wanita.
Menurutnya, daripada jumlah yang ditahan seramai 448 orang telah didakwa di mahkamah dan menjalani hukuman.
"Kita telah mendakwa 76.4 peratus jumlah tahanan iaitu 448 individu dan sebahagian lagi masih dalam tempoh siasatan.
"PDRM melihat pelbagai cara bagi memastikan semua masyarakat mematuhi PKP, justeru penekanan yang lebih drastik perlu dilaksanakan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media majlis penyerahan 40,000 topeng muka, sarung tangan serta 10,000 set peralatan perlindungan diri (PPE) kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.
Kesemua keperluan itu disumbangkan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Pahang yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Chong Chin Fung.
Abd Jalil berkata, jumlah kompaun yang rendah dilihat antara faktor masyarakat berani mengingkari PKP kerana merasakan mereka berkemampuan.
"Kita lihat kompaun tidak berapa digeruni, mereka boleh keluar begitu sahaja padahal kita sudah memaklumkan menerusi pelbagai media massa dan elektronik," katanya.
Beliau menegaskan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang tidak lagi menggunakan pendekatan nasihat dan patah balik di sekatan jalan raya pada PKP fasa tiga sebaliknya pesalah akan ditangkap dan didakwa di mahkamah.
"Kaedah tangkap dan dakwa ke mahkamah ini diharapkan mempunyai kesan dan kesedaran serta pengajaran agar masyarakat tidak melanggar PKP," katanya.
Sementara itu Chin Fung berkata, MCPF turut menyumbangkan PPE kepada pihak hospital dan barisan hadapan. #sumber


Demikianlah Artikel Polis Pahang: Seramai 590 Individu Di Tangkap Ingkar PKP !

Sekianlah artikel Polis Pahang: Seramai 590 Individu Di Tangkap Ingkar PKP ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Pahang: Seramai 590 Individu Di Tangkap Ingkar PKP ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/04/polis-pahang-seramai-590-individu-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis Pahang: Seramai 590 Individu Di Tangkap Ingkar PKP !"

Catat Ulasan

Loading...