Loading...
Judul : Tempoh Operasi Pasar Awam Di Lanjut Ke Jam 2.00 Petang
link : Tempoh Operasi Pasar Awam Di Lanjut Ke Jam 2.00 Petang
Tempoh Operasi Pasar Awam Di Lanjut Ke Jam 2.00 Petang
Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tempoh asal operasi yang ditetapkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ialah bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah hari termasuk dalam bulan Ramadan dan dengan pelanjutan masa ini, operasi pasar awam bermula jam 7 pagi hingga 2 petang.
Menurutnya,, keputusan itu diambil sebagai tindak balas Kerajaan Negeri terhadap aduan yang diterima terutamanya dalam kalangan peniaga-peniaga terutama penjual daging yang bimbang, daging dilapah sebelah pagi setiap hari, tidak sempat dijual selewat-lewatnya pada 12 tengah hari.
"Mereka meminta tempoh ini dilanjutkan, dengan itu mempunyai cukup masa untuk menjualnya setelah mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan kerja-kerja melapah daging," katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.
Beliau berkata, dengan keputusan itu, sekali lagi menunjukkan sikap prihatin dan responsif Kerajaan Negeri terhadap aduan dan masalah yang dibangkitkan oleh rakyat sepertimana peniaga-peniaga/penjual daging ini.
"Adalah menjadi harapan saya agar keputusan ini melegakan dan dihargai oleh para peniaga. Semoga mereka terus akur dengan segala syarat dan ketetapan yang dibuat oleh PBT-PBT berkenaan," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Tempoh Operasi Pasar Awam Di Lanjut Ke Jam 2.00 Petang
Sekianlah artikel Tempoh Operasi Pasar Awam Di Lanjut Ke Jam 2.00 Petang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tempoh Operasi Pasar Awam Di Lanjut Ke Jam 2.00 Petang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/04/tempoh-operasi-pasar-awam-di-lanjut-ke.html
0 Response to "Tempoh Operasi Pasar Awam Di Lanjut Ke Jam 2.00 Petang"
Catat Ulasan