Loading...

Timbalan Menteri, Exco Perak Akan Di Dakwa Langgar PKP !

Loading...
Timbalan Menteri, Exco Perak Akan Di Dakwa Langgar PKP ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Timbalan Menteri, Exco Perak Akan Di Dakwa Langgar PKP !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Timbalan Menteri, Exco Perak Akan Di Dakwa Langgar PKP !
link : Timbalan Menteri, Exco Perak Akan Di Dakwa Langgar PKP !

Baca juga


Timbalan Menteri, Exco Perak Akan Di Dakwa Langgar PKP !


IPOH - Timbalan Menteri Kesihatan Noor Azmi Ghazali dan Exco Perak, Razman Zakaria akan didakwa di mahkamah esok kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP).
 Ketua Polis Perak, Razarudin Husain dipetik oleh New Straits Times mengesahkan perkembangan itu.

"Hadir ke mahkamah majistret Gerik pagi esok," katanya. Noor Azmi dan Razman dijangka didakwa di sana pada pukul 9 pagi. Ketika dihubungi, Razman memberitahu Malaysiakini bahawa dia telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh polis.
"Ya, saya telah dimaklumkan," katanya. Bagaimanapun, Razman enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. "Tak apa, tunggu esok," tambahnya.
Noor Azmi tidak menjawab permintaan untuk memberi ulasa ketika berita ini ditulis. Noor Azmi sebelum ini memuat naik beberapa gambar di Facebook memaparkan dirinya bersama rombongan mengunjungi sekolah agama di Lenggong pada 17 April.

Dalam gambar itu, dia dilihat menyerahkan barangan kepada beberapa individu. Kira-kira 20 individu lain juga dipaparkan makan bersama tanpa penjarakan sosial, termasuk exco Perak. Meskipun kiriman tersebut telah dipadam di Facebook, tangkap layar kiriman itu tersebar di media sosial. Noor Azmi dan Razman telah meminta maaf sebelum ini.
Di bawah Seksyen 7 (1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Kawasan Tempatan yang Berjangkit) 2020, seseorang yang melanggar PKP boleh didenda hingga RM1,000 atau dipenjara hingga enam bulan atau kedua-duanya.
PKP bermula pada 18 Mac dan dijangka berakhir pada 12 Mei, setelah tiga kali dilanjutkan. #sumber


Demikianlah Artikel Timbalan Menteri, Exco Perak Akan Di Dakwa Langgar PKP !

Sekianlah artikel Timbalan Menteri, Exco Perak Akan Di Dakwa Langgar PKP ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Timbalan Menteri, Exco Perak Akan Di Dakwa Langgar PKP ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/04/timbalan-menteri-exco-perak-akan-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Timbalan Menteri, Exco Perak Akan Di Dakwa Langgar PKP !"

Catat Ulasan

Loading...