Loading...

Usah Rasa Hebat Julang Ebit Lew Tapi Tak Santuni Rohingya

Loading...
Usah Rasa Hebat Julang Ebit Lew Tapi Tak Santuni Rohingya - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Usah Rasa Hebat Julang Ebit Lew Tapi Tak Santuni Rohingya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Usah Rasa Hebat Julang Ebit Lew Tapi Tak Santuni Rohingya
link : Usah Rasa Hebat Julang Ebit Lew Tapi Tak Santuni Rohingya

Baca juga


Usah Rasa Hebat Julang Ebit Lew Tapi Tak Santuni Rohingya


KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin PAS mengingatkan orang ramai di negara ini agar tidak berasa hebat dengan menjulang usaha pendakwah, Ebit Lew, tetapi pada masa sama gagal bersikap santun kepada orang susah lagi tertindas.

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, berkata orang Islam sepatutnya menyatakan rasa bersyukur dengan menolong dan membantu umat yang tertindas.

Pada masa sama, katanya, mereka perlu berfikir untuk menyelesaikan isu berkaitan, bukannya menghaburkan kebencian dan dendam.

Membuat kenyataan di media sosial, ahli parlimen Bachok itu juga mengingatkan umat Islam di negara ini, kalau pun tidak mahu mahu mempertahankan hak Muslim Rohingya, mereka jangan sesekali bersuara memburukkannya.

Jelasnya, tindakan memburukkan saudara seagama yang jelas dizalimi dan ditindas adalah satu dosa besar dan 'membunuh' nilai Ramadan.

"Jika anda tidak mahu mempertahankan hak saudara semuslim anda bangsa Rohingya, maka diam saja.

"Bersuara memburukkan saudara semuslim yang tertindas oleh kezaliman musuh Islam adalah dosa besar.
"Ia membunuh nilai Ramadan anda. Ia membunuh jiwa dan nurani anda. Ia menarik sifat rahmah kurniaan Allah dalam jiwa setiap Muslim.

"Jangan diri berasa hebat menjulang Ustaz Ebit Lew sebagai duta kasih sayang negara, tetapi dalam masa yang sama meninggalkan akhlak mulianya menyantuni orang-orang yang susah, apatah tertindas," katanya.

Lidah fitnah musuh Islam

Isu berkenaan menjadi perhatian ramai di media sosial sejak beberapa hari lalu selepas pihak berkuasa memintas cubaan sebuah bot membawa pelarian Rohingya memasuki negara ini pada 16 April lalu.

Bot tersebut membawa kira-kira 200 orang Rohingya yang mahu memasuki Malaysia menerusi perairan Langkawi.
Langkah itu mendapat kritikan kerana pada sebelum ini pemimpin Umno dan PAS bersolidariti bersama etnik berkenaan.

Pemimpin tertinggi kedua-dua parti juga beberapa kali menyatakan komitmen untuk membela pelarian terbabit melalui siri ucapan masing-masing.

Untuk rekod Umno dan PAS kini menjadi sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional.

Polemik terbaru juga menyaksikan sesetengah pihak membangkitkan masalah yang dibawa etnik Rohingya dan menjadikan ia sebagai salah satu alasan menjustifikasi sikap kerajaan sekarang.

Perkembangan terbaru itu juga mencetuskan kebimbangan sekiranya krisis pada 2015 berulang kembali. Ketika itu ramai pelarian Rohingya mati di lautan selepas negara-negara Asia Tenggara menolak kemasukan kapal mereka

Dalam pada Nik Abduh juga mengingatkan tentang propaganda musuh yang dirancang rapi untuk menidakkan hak Rohingya di negara asal mereka.

Jelasnya musuh melaungkan bahawa Rohingya tiada hak di Myanmar kerana mereka bangsa bodoh, malas, jahat, menyusahkan dan tak bertamadun yang kini sedang menyusahkan Malaysia.
"Fitnah nyata ke atas umat Islam. Tipu daya yang nyata untuk memecah-belahkan umat Islam. 

Jangan menyambung lidah fitnah musuh ke atas Muslim Rohingya.

"Jangan sombong wahai Malaysiaku. Bersyukurlah dengan menolong dan membantu umat yang tertindas. Berfikirlah untuk menyelesaikan isu, bukan melangsaikan kebencian dan dendam," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Usah Rasa Hebat Julang Ebit Lew Tapi Tak Santuni Rohingya

Sekianlah artikel Usah Rasa Hebat Julang Ebit Lew Tapi Tak Santuni Rohingya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Usah Rasa Hebat Julang Ebit Lew Tapi Tak Santuni Rohingya dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/04/usah-rasa-hebat-julang-ebit-lew-tapi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Usah Rasa Hebat Julang Ebit Lew Tapi Tak Santuni Rohingya"

Catat Ulasan

Loading...