Loading...
Judul : AMANAH Jawab AMK: Tidak Bermaruah Biar PN Berkuasa !
link : AMANAH Jawab AMK: Tidak Bermaruah Biar PN Berkuasa !
AMANAH Jawab AMK: Tidak Bermaruah Biar PN Berkuasa !
Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Faiz Fadzil berkata, hal tersebut telah dibincangkan dalam Majlis Presiden PH dan bersetuju untuk meneruskan kerjasama politik antara PH dan PPBM yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, membiarkan negara terus dikuasai Perikatan Nasional (PN) malah sebenarnya tindakan yang tidak bermaruah.
“Salahuddin Ayub dengan nada terbuka mempelawa PPBM atau mana-mana ahli Parlimen (MP) atau Adun PPBM untuk bersama PH dan ini sebenarnya tindakan bermaruah.
“Umum mengetahui bahawa PH atau PN memerlukan sokongan majoriti ahli Parlimen atau Adun bagi membentuk kerajaan sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri.
“Oleh itu, pelawaan Salahuddin selari dengan keputusan kolektif PH dan tiada khilafnya dari sudut politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Salahuddin yang juga Adun Simpang Jeram dalam satu kenyataan, 30 Apri lalu berkata, kepimpinan PH bersedia untuk nenerima PPBM di Johor yang dilihat dipinggirkan oleh kerajaan PN dalam agihan jawatan.
Ahli Parlimen Pulai itu juga yakin pengalaman PH dalam pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini jauh lebih baik berbanding PN yang dianggap semakin parah dengan prasangka dan sengketa.
Mengulas lanjut, Faiz berkata, PH harus meramaikan rakan politik dan tidak boleh bermegah dengan jumlah MP atau Adun PH yang ketika ini tidak cukup bilangan bagi merampas semula kerajaan yang dirompak PN.
Tegas Adun Permatang Pasir itu, Setiausaha AMK, Ahmad Syukri Che Razab perlu menarik semula kenyataan tersebut memandangkang penerimaan kembali PPBM adalah satu keputusan kolektif yang perlu dihormati dan diterima dengan baik.
Faiz juga menegur sayap pemuda itu, bahawa AMK di bawah gabungan PH harus mengemukakan pandangan berbeza melalui saluran parti dan bukannya secara terbuka melalui media sehingga boleh mengelirukan rakyat.
Malah, beliau mengingatkan bahawa kenyataan Salahuddin dibuat secara terbuka dan bukannya melibatkan pertemuan sulit yang tidak bermaruah sepertimana yang dilakukan Pas sebelum ini sehingga terbubarnya Pakatan Rakyat (PR).
“Tindakan PPBM keluar PH dilakukan Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM dan bukannya Perhimpunan Agung Parti.
“Sudah pasti ada di kalangan pemimpin dan ahli PPBM yang tidak bersetuju dengan keputusan tersebut kerana kerjasama dengan Umno bertentangan dengan semangat penubuhan PPBM yang mahu menjatuhkan kerajaan kleptokrasi.
“Oleh itu, sudah pasti ada antara mereka yang mahu bersama PH yang menolak Umno yang mana saka-saka kleptokrasi masih diwarisi sehingga sekarang,” tambah Faiz lagi. #sumber
Demikianlah Artikel AMANAH Jawab AMK: Tidak Bermaruah Biar PN Berkuasa !
Sekianlah artikel AMANAH Jawab AMK: Tidak Bermaruah Biar PN Berkuasa ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel AMANAH Jawab AMK: Tidak Bermaruah Biar PN Berkuasa ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/amanah-jawab-amk-tidak-bermaruah-biar.html
0 Response to "AMANAH Jawab AMK: Tidak Bermaruah Biar PN Berkuasa !"
Catat Ulasan