Loading...
Judul : Cabut Undi Tender Kerajaan Akan Di Siarkan Secara Langsung
link : Cabut Undi Tender Kerajaan Akan Di Siarkan Secara Langsung
Cabut Undi Tender Kerajaan Akan Di Siarkan Secara Langsung
PUTRAJAYA: Proses cabut undi bagi projek kerajaan berskala kecil tidak akan diadakan dalam dewan dengan dihadiri kontraktor, sebaliknya dibuat di pejabat kerajaan menerusi siaran langsung di media sosial.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, berkata kementeriannya sudah mengeluarkan pekeliling tatacara perolehan selaras dengan keperluan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
"Dengan keperluan penjarakan sosial, proses cabut undi tidak lagi akan diadakan dalam dewan dengan dihadiri beratus kontraktor tetapi dibuat di pejabat kerajaan dengan siaran langsung melalui media sosial.
"Agensi kerajaan yang berkenaan disarankan mengguna garis panduan baharu untuk menyegerakan proses perolehan dan pelaksanaan projek," katanya.
Beliau berkata demikian menerusi perkongsian laporan kelima pencapaian pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang disiarkan secara langsung di akaun Facebook rasminya, hari ini.
Tengku Zafrul berkata, senarai bagi projek kerajaan berskala kecil yang sudah dimuktamadkan, adalah bernilai RM2.4 bilion.
Sementara itu, beliau berkata, Kementerian Kewangan meluluskan RM1 bilion daripada RM1.5 bilion peruntukan untuk perkhidmatan perubatan bagi perbelanjaan berkaitan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM) setakat bulan lalu.
"Antara perbelanjaan utama adalah berkaitan pembelian kelengkapan perlindungan diri (PPE) RM230 juta, bahan saringan dan guna habis (RM250 juta), peralatan termasuk ventilator dan 'thermal scanner' (RM150 juta) serta emolumen kakitangan kontrak, RM100 juta.
"Selebihnya peruntukan akan disalurkan kepada KKM mengikut keperluannya untuk memerangi COVID-19 dalam minggu-minggu akan datang," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Cabut Undi Tender Kerajaan Akan Di Siarkan Secara Langsung
Sekianlah artikel Cabut Undi Tender Kerajaan Akan Di Siarkan Secara Langsung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Cabut Undi Tender Kerajaan Akan Di Siarkan Secara Langsung dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/cabut-undi-tender-kerajaan-akan-di.html
0 Response to "Cabut Undi Tender Kerajaan Akan Di Siarkan Secara Langsung"
Catat Ulasan