Loading...

Covid-19: 17 Kes Baharu, 73 Sembuh, Dan Satu Lagi Kematian

Loading...
Covid-19: 17 Kes Baharu, 73 Sembuh, Dan Satu Lagi Kematian - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Covid-19: 17 Kes Baharu, 73 Sembuh, Dan Satu Lagi Kematian, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Covid-19: 17 Kes Baharu, 73 Sembuh, Dan Satu Lagi Kematian
link : Covid-19: 17 Kes Baharu, 73 Sembuh, Dan Satu Lagi Kematian

Baca juga


Covid-19: 17 Kes Baharu, 73 Sembuh, Dan Satu Lagi Kematian


PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 17 kes baru Covid-19 yang dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini, menjadi hari kedua dalam minggu ini bilangan kes baru kurang daripada 20.

Ia menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia setakat ini sebanyak 6,872 kes.

"Ingin dimaklumkan daripada 17 kes baru yang dilaporkan, enam adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala sebelas kes adalah penularan tempatan yang melibatkan lima bukan warganegara," kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Terdapat satu kes baru daripada kluster pekerja tapak pembinaan di Kuala Lumpur dan juga kluster pengawal keselamatan di Cheras.

Menurut Noor Hisham, seramai 26,000 pekerja asing telah menjalani ujian Covid-19, dengan 1,302 daripadanya positif.

Sejumlah 464 kes melibatkan warga asing masih lagi kes aktif.

Dalam pada itu, Noor Hisham memaklumkan seramai 73 pesakit telah pulih dan dibenarkan pulang hari ini, menjadikan jumlah kes pulih kepada 5,512, iaitu 80.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ia menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 sebanyak 1,247 kes.

Setakat ini, 13 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan lima daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Noor Hisham turut memaklumkan satu lagi kes kematian berkaitan Covid-19 yang dilaporkan, menjadikan angka korban setakat ini sebanyak 113 orang, atau 1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Berikut adalah maklumat pesakit tersebut:

Pesakit 6,856 (kematian ke-113)

Wanita tempatan berumur 53 tahun. Beliau mempunyai sejarah penyakit barah dan darah tinggi. Beliau adalah merupakan seorang kakitangan perubatan KKM di Sabah (namun telah bercuti sakit disebabkan barah).

Beliau dimasukkan ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Likas pada 5 Mei lalu disebabkan kesihatan beliau yang semakin merosot.

Beliau didapati positif Covid-19 dan disahkan meninggal dunia pada jam 1.30 petang, 7 Mei lalu.

Bagaimanapun Noor Hisham berkata punca kematian wanita tersebut adalah kanser.

Katanya lagi, kes itu telah mencetuskan perbincangan sama ada pesakit Covid-19 yang tidak meninggal dunia akibat virus tersebut - misalnya kerana mengalami kanser ataupun membunuh diri - patut diklasifikasikan sebagai kematian Covid-19 seperti pada masa ini, atau tidak. #sumber



Demikianlah Artikel Covid-19: 17 Kes Baharu, 73 Sembuh, Dan Satu Lagi Kematian

Sekianlah artikel Covid-19: 17 Kes Baharu, 73 Sembuh, Dan Satu Lagi Kematian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Covid-19: 17 Kes Baharu, 73 Sembuh, Dan Satu Lagi Kematian dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/covid-19-17-kes-baharu-73-sembuh-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Covid-19: 17 Kes Baharu, 73 Sembuh, Dan Satu Lagi Kematian"

Catat Ulasan

Loading...