Judul : Covid-19: 31 Kes Baharu, Malaysia Kini Lepasi Jumlah 7,000 Kes
link : Covid-19: 31 Kes Baharu, Malaysia Kini Lepasi Jumlah 7,000 Kes
Covid-19: 31 Kes Baharu, Malaysia Kini Lepasi Jumlah 7,000 Kes
PUTRAJAYA - Malaysia mencatatkan 31 lagi kes Covid-19 baru, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan yang dicatatkan adalah sebanyak 7,009.
Setakat tengah hari tadi, 60 lagi pesakit sembuh sepenuhnya, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih dari jangkitan wabak itu ialah 5,706, atau 81.4 peratus daripada keseluruhan kes.
Mengambil kira kes yang sudah sembuh, jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia ialah 1,189 kes.
Dalam sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baru yang dilaporkan terdiri daripada 10 kes import dan 21 penularan tempatan.
Daripada jumlah jangkitan tempatan itu, 10 kes melibatkan warga asing dan 11 kes melibatkan warganegara Malaysia.
Sebanyak 11 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan tujuh kes memerlukan bantuan pernafasan.
Noor Hisham juga hari ini memaklumkan tiada kematian baru dilaporkan, menjadikan jumlah korban akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 114 kes. #sumber
Demikianlah Artikel Covid-19: 31 Kes Baharu, Malaysia Kini Lepasi Jumlah 7,000 Kes
Anda sekarang membaca artikel Covid-19: 31 Kes Baharu, Malaysia Kini Lepasi Jumlah 7,000 Kes dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/covid-19-31-kes-baharu-malaysia-kini.html
0 Response to "Covid-19: 31 Kes Baharu, Malaysia Kini Lepasi Jumlah 7,000 Kes"
Catat Ulasan