Loading...

Covid-19: Pahang Perkenal Enam Normal Baharu Kebersihan

Loading...
Covid-19: Pahang Perkenal Enam Normal Baharu Kebersihan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Covid-19: Pahang Perkenal Enam Normal Baharu Kebersihan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Covid-19: Pahang Perkenal Enam Normal Baharu Kebersihan
link : Covid-19: Pahang Perkenal Enam Normal Baharu Kebersihan

Baca juga


Covid-19: Pahang Perkenal Enam Normal Baharu Kebersihan


KUANTAN - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang menggariskan enam normal baharu kebersihan ekoran penularan pandemik COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Abd Rahim Muda berkata Normal Baharu Kebersihan Negeri Pahang yang pertama, menggariskan pengamalan kebersihan kendiri dengan kerap membasuh tangan dan menggunakan pensanitasi  dan yang kedua ialah pengamalan penjarakan sosial serta  pemakaian pelitup muka bagi yang bergejala.

“Normal baharu ketiga ialah kurangkan janaan sisa dengan mengamalkan budaya pengkomposan sisa makanan dan pengasingan sisa pepejal di punca serta biasakan amalan gotong-royong membersihkan kawasan rumah.

“Normal baharu keempat ialah hargai makanan, elakkan pembaziran. Masak dalam kuantiti yang betul dan olah makanan lebihan menjadi menu baharu,” katanya kepada pemberita di Pejabat SWCorp Pahang di sini, hari ini.

Abd Rahim  berkata normal baharu seterusnya ialah menggunakan bekas makanan dan beg guna semula semasa membuat pembelian serta rancang pembelian dan amalkan budaya “trash to cash” dengan menjual barangan yang boleh dikitar semula.

Beliau juga berkata selain orang ramai, normal baharu itu juga perlu diamalkan petugas kebersihan termasuk syarikat konsesi, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan lain-lain agensi berkaitan kebersihan.

“Kejayaan pengamalan normal baharu kebersihan ini terletak kepada peranan setiap isi anggota masyarakat sendiri. Setiap individu adalah bertanggungjawab untuk membudayakan kebersihan kendiri dan normal yang digariskan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata semua PBT di negeri ini terus komited dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di premis-premis perniagaan.

“Premis yang tidak mematuhi SOP boleh dikenakan tindakan arahan penutupan. Setakat ini pengamalan SOP adalah baik dan tiada lagi premis yang diarahkan tutup,” katanya. #sumber




Demikianlah Artikel Covid-19: Pahang Perkenal Enam Normal Baharu Kebersihan

Sekianlah artikel Covid-19: Pahang Perkenal Enam Normal Baharu Kebersihan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Pahang Perkenal Enam Normal Baharu Kebersihan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/covid-19-pahang-perkenal-enam-normal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Covid-19: Pahang Perkenal Enam Normal Baharu Kebersihan"

Catat Ulasan

Loading...