Loading...

Covid-19: Sebanyak 135 Kes Baharu Sembuh, Satu Kematian

Loading...
Covid-19: Sebanyak 135 Kes Baharu Sembuh, Satu Kematian - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Covid-19: Sebanyak 135 Kes Baharu Sembuh, Satu Kematian, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Covid-19: Sebanyak 135 Kes Baharu Sembuh, Satu Kematian
link : Covid-19: Sebanyak 135 Kes Baharu Sembuh, Satu Kematian

Baca juga


Covid-19: Sebanyak 135 Kes Baharu Sembuh, Satu Kematian


PUTRAJAYA – Sebanyak 135 kes baharu sembuh daripada wabak Covid-19 yang discaj dan dibenarkan keluar daripada wad hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif yang sembuh daripada wabak berbahaya itu kepada 4,702 kes atau 73.15 peratus.
Sementara itu, sebanyak satu lagi pertambahan kes kematian berkaitan dengan wabak Covid-19 dicatatkan setakat jam 12 tengahari, hari ini.
Jelasnya Noor Hisham, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian berkaitan Covid-19 di Malaysia sebanyak 107 kes atau bersamaan dengan 1.66 peratus daripada jumlah kes.
“Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan hari ini memaklumkan terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan Covid-19.
“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 107 kes (1.66 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya dalam sidang media harian di sini, hari ini.
Menurut Noor Hisham, satu kes kematian yang direkodkan hari ini membabitkan seorang lelaki warganegara tempatan berusia 51 tahun.
“Lelaki itu merupakan kes ke-2380, seorang warganegara Malaysia dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. dan sebelum ini dia telah dirawat di Hospital Sungai Buloh,” katanya.
Selain itu, Noor Hisham juga mengesahkan bahawa terdapat sebanyak 45 kes baharu positif Covid-19 di mana salah satunya daripadanya merupakan kes import.
“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,428 kes, di mana 1,619 kes adalah aktif.
“Manakala 22 kes pula merupakan kes unit rawatan rapi (ICU) dan 9 kes pula memerlukan bantuan pernafasan,” katanya lagi. #sumber


Demikianlah Artikel Covid-19: Sebanyak 135 Kes Baharu Sembuh, Satu Kematian

Sekianlah artikel Covid-19: Sebanyak 135 Kes Baharu Sembuh, Satu Kematian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Sebanyak 135 Kes Baharu Sembuh, Satu Kematian dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/covid-19-sebanyak-135-kes-baharu-sembuh.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Covid-19: Sebanyak 135 Kes Baharu Sembuh, Satu Kematian"

Catat Ulasan

Loading...