Loading...
Judul : Covid-19: Sebanyak 47 Kes Baharu, Tiada Kematian Hari Ini
link : Covid-19: Sebanyak 47 Kes Baharu, Tiada Kematian Hari Ini
Covid-19: Sebanyak 47 Kes Baharu, Tiada Kematian Hari Ini
PUTRAJAYA – Sebanyak 47 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif wabak itu di Malaysia iaitu 6,941 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 21 kes merupakan kes import manakala 26 kes penularan tempatan di mana 17 kes adalah bukan warganegara.
Katanya, terdapat 44 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah
pulih sepenuhnya dari wabak tersebut dan dibenarkan keluar wad adalah sebanyak 5,615 kes atau 80.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
“Sehingga kini, terdapat 13 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, enam kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di kementeriannya hari ini.
Bagaimanapun Noor Hisham berkata, berdasarkan maklumat Pusat Kesiapsiagaan Dan Tindak Cepat Krisis (CPRC), tiada kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan setakat ini.
Justeru menurut Noor Hisham, jumlah kumulatif kes kematian wabak itu di negara ini kekal sebanyak 113 kes atau 1.63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. #sumber
Demikianlah Artikel Covid-19: Sebanyak 47 Kes Baharu, Tiada Kematian Hari Ini
Sekianlah artikel Covid-19: Sebanyak 47 Kes Baharu, Tiada Kematian Hari Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Sebanyak 47 Kes Baharu, Tiada Kematian Hari Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/covid-19-sebanyak-47-kes-baharu-tiada.html
0 Response to "Covid-19: Sebanyak 47 Kes Baharu, Tiada Kematian Hari Ini"
Catat Ulasan