Loading...

Dakwa Audio Di Sunting, Tun M Cabar Siar Rakaman Penuh

Loading...
Dakwa Audio Di Sunting, Tun M Cabar Siar Rakaman Penuh - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dakwa Audio Di Sunting, Tun M Cabar Siar Rakaman Penuh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dakwa Audio Di Sunting, Tun M Cabar Siar Rakaman Penuh
link : Dakwa Audio Di Sunting, Tun M Cabar Siar Rakaman Penuh

Baca juga


Dakwa Audio Di Sunting, Tun M Cabar Siar Rakaman Penuh


KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa ada pihak berniat jahat menyebarkan rakaman audio yang memperdengarkan suara beliau dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang jelas telah disunting.

Bekas perdana menteri itu mencabar pihak yang berkenaan mengeluarkan rakaman penuh mesyuarat tersebut.‬

‪”Saya kekal setia bersama rakan rakan yang berjuang dengan saya sebelum PRU-14,” katanya di laman Facebook.‬

Menulis lanjut, Dr Mahathir berkata, kalau betul mahu mengkhianati mandat rakyat, beliau boleh melakukan dahulu apabila dicalonkan sebagai Perdana Menteri Perikatan Nasional.‬

‪”Saya tolak. Susah dan senang, kita bersama,” katanya.

Semalam tular rakaman audio yang antara lain memperdengarkan Dr Mahathir berbincang tentang cadangan Bersatu membawa keluar parti itu dari Pakatan Harapan (PH).

Turut diperdengarkan suara beliau bercakap tentang tindakan meninggalkan PH kerana tidak suka Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tidak suka DAP.

Rakaman audio itu disebarkan dipercayai ada kaitan dengan kenyataan Dr Mahathir bahawa keputusan membawa keluar Bersatu dari PH tidak pernah dimaklumkan kepada beliau sebaliknya ia diputuskan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu tular rakaman audio Muhyiddin bercakap mengenai tindakan Bersatu meninggalkan PH dalam mesyuarat yang tidak dihadiri Dr Mahathir.

Kemudian satu lagi rakaman audio mesyuarat yang dipengerusikan Dr Mahathir yang turut dihadiri beberapa pemimpin termasuk Lim Guan Eng, Datuk Seri Azmin Ali, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Mohamad Sabu dan beberapa pemimpin lagi. #sumber


Demikianlah Artikel Dakwa Audio Di Sunting, Tun M Cabar Siar Rakaman Penuh

Sekianlah artikel Dakwa Audio Di Sunting, Tun M Cabar Siar Rakaman Penuh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dakwa Audio Di Sunting, Tun M Cabar Siar Rakaman Penuh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/dakwa-audio-di-sunting-tun-m-cabar-siar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dakwa Audio Di Sunting, Tun M Cabar Siar Rakaman Penuh"

Catat Ulasan

Loading...