Loading...

Dua Pemandu Lori Pindah Balak Ketika Orang Berbuka puasa

Loading...
Dua Pemandu Lori Pindah Balak Ketika Orang Berbuka puasa - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dua Pemandu Lori Pindah Balak Ketika Orang Berbuka puasa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dua Pemandu Lori Pindah Balak Ketika Orang Berbuka puasa
link : Dua Pemandu Lori Pindah Balak Ketika Orang Berbuka puasa

Baca juga


Dua Pemandu Lori Pindah Balak Ketika Orang Berbuka puasa


KUANTAN - Pejabat Hutan Daerah Rompin berjaya memberkas dua pemandu lori yang cuba memindahkan 400 balak pelbagai spesies selepas lima jam melakukan intipan di simpang Kompleks Komuniti Ladang Risda Keratong, kelmarin.

Pegawainya, Shairani Mamat berkata, kedua- dua lelaki berusia 31 tahun itu cuba memindahkan balak itu untuk dipasarkan ke negara jiran.

Menurutnya, intipan itu dilakukan Unit Tindakan Khas (UTK) Rompin selepas mendapat aduan awam berhubung aktiviti pemindahan balak yang dilakukan pada waktu berbuka puasa.

"Dua pemandu terbabit di tahan untuk siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. Lori mereka kini disita di Pejabat Renjer Hutan Muadzam Shah.

"Kita juga merampas lebih 400 balak pelbagai spesis seperti meranti, kelat, keranji dan kedondong. Balak itu berukuran 2.44 meter panjang itu dipercayai cuba dihantar ke kilang papan di negeri jiran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan hutan dan hukuman di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 akan dikenakan terhadap mereka yang didapati bersalah.

Dalam pada itu, Shairani berkata, walaupun kini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Ramadan namun aktiviti penguatkuasaan tetap dijalankan terutama membabitkan kawasan panas di daerah ini.

Katanya,kerjasama daripada orang awam amat dihargai kerana tindakan dilakukan itu mampu mematahkan kegiatan haram pembalakan di negeri ini.

"Ini sudah cukup membuktikan orang ramai semakin sedar terhadap kepentingan menjaga hutan daripada diceroboh," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Dua Pemandu Lori Pindah Balak Ketika Orang Berbuka puasa

Sekianlah artikel Dua Pemandu Lori Pindah Balak Ketika Orang Berbuka puasa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dua Pemandu Lori Pindah Balak Ketika Orang Berbuka puasa dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/dua-pemandu-lori-pindah-balak-ketika.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dua Pemandu Lori Pindah Balak Ketika Orang Berbuka puasa"

Catat Ulasan

Loading...