Judul : Empat Lelaki Maut Kereta Bertembung Treler Di Jalan Chini-Pekan
link : Empat Lelaki Maut Kereta Bertembung Treler Di Jalan Chini-Pekan
Empat Lelaki Maut Kereta Bertembung Treler Di Jalan Chini-Pekan
KUANTAN - Empat lelaki, termasuk tiga warga Indonesia, maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung sebuah treler di Kilometer 6 Jalan Chini-kuantan di Pekan dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Pekan Superintenden Mohd Razli Mohd Yusof berkata kemalangan pada 12.30 tengah hari itu menyebabkan pemandu kereta dikenali sebagai Abd Mannan, 25, juga dari Indonesia, parah akibat tercampak keluar dari kenderaan tersebut.
Mereka yang maut ialah pekerja kontrak Mohamad Junhaizul Lizam, 26, dari Chini 4, Pekan dan tiga lelaki dikenali sebagai Rohman, 20, Mudehri, 38, dan Subakir, 43, kesemuanya memiliki pasport.
"Kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta Proton Wira yang dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Chini hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan treler.
"Siasatan awal mendapati kereta itu telah memotong beberapa buah kenderaan sebelum hilang kawalan," menurutnya dalam kenyataan kepada media di sini hari ini.
Mohd Razli berkata mangsa yang maut tersepit di tempat duduk masing-masing dalam kereta itu menyebabkan pihaknya terpaksa meminta pertolongan bomba untuk mengeluarkan mayat mereka.
Pemandu treler yang berusia 45 tahun dan berasal dari Felda Chini, Pekan pula tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat yang akan dijalankan selepas memperoleh keputusan ujian saringan COVID-19.
Abd Mannan pula dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan. #sumber
Demikianlah Artikel Empat Lelaki Maut Kereta Bertembung Treler Di Jalan Chini-Pekan
Anda sekarang membaca artikel Empat Lelaki Maut Kereta Bertembung Treler Di Jalan Chini-Pekan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/empat-lelaki-maut-kereta-bertembung.html
0 Response to "Empat Lelaki Maut Kereta Bertembung Treler Di Jalan Chini-Pekan"
Catat Ulasan