Loading...
Judul : Jangan Ambil Kesempatan Covid-19 Untuk Kunci Parlimen !
link : Jangan Ambil Kesempatan Covid-19 Untuk Kunci Parlimen !
Jangan Ambil Kesempatan Covid-19 Untuk Kunci Parlimen !
Ketua Angkatan Wanita AMANAH Nasional (AWAN), Aiman Athirah Al Jundi menegaskan, rakyat mempunyai hak untuk mendapat maklumat dan keyakinan bahawa peralihan kuasa yang berlaku ketika ini benar-benar mengguna pakai sistem demokrasi berparlimen.
Menurutnya, apa yang berlaku ketika ini meletakkan rakyat dalam keadaan terpinga-pinga apatah lagi selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
“Adakah Malaysia mahu dikenali sebagai satu satunya negara yang mengunci Parlimen dengan alasan Covid-19?
“Pada saya Malaysia tak boleh dikenali sebagai satu-satunya negara yang mengambil kesempatan di atas pandemik Covid-19 untuk kita membiarkan proses peralihan itu tidak disemak semula.
“Rakyat mahu tahu, kerajaan yang kita ada ini sah atau tidak. Rakyat tak faham sebab situasi ini tak pernah berlaku di negara kita mahupun di mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Kuasa berubah sewenang-wenangnya,” katanya dalam satu Forum Demorasi Malaysia Pasca Pandemik Covid-19: Cabaran dan Harapan.
Pada masa sama, Ketua Penerangan Pakatan Harapan itu menegaskan, sekiranya proses peralihan kuasa tidak disemak melalui proses yang benar, ia merupakan satu pencabulan dan merosakkan demokrasi yang sekian lama berlangsung.
Beliau mengingatkan, amalan dalam politik hanya akan menyaksikan kerajaan ditubuh oleh satu parti yang memiliki kerusi terbanyak dan majoriti dalam Parlimen.
Aiman Athirah turut membangkitkan bagaimana ada beberapa negara yang sudah pun membentangkan akta khusus berkaitan Covid-19.
“Lalu bagaimana dengan Malaysia. Tak mampu ke kita buat. Adakah Parlimen terikat dengan peraturan PKP?
“Kerajaan menangguhkannya ke 18 Mei selama sehari. Persoalan yang timbul, setelah Perdana Menteri umumkan bahawa ekonomi keseluruhan boleh dibuka dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), mengapa tidak dilaksanakan sidang Parlimen?,” soalnya.
Sementara itu, mengulas projek RM30 juta yang didakwa diberikan kepada beberapa syarikat yang dikatakan mendapat kontrak secara tidak layak, Aiman berkata ianya satu perkara yang amat membimbangkan.
Jelasnya, dalam keadaan rakyat sudah menolak pentadbiran kleptorkasi, namun apa yang berlaku hari ini memperlihatkan bagaimana rejim kelptokrat diletakkan kembali diperingkat kuasa yang kemudian berlaku pula salahguna kuasa.
“Lalu kalau kita tidak segera bersidang, memantau, melihat agihan proses termasuk isu bakul makanan kebajikan rakyat, tentu akan lebih banyak lagi ketirisan yang akan berlaku,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Jangan Ambil Kesempatan Covid-19 Untuk Kunci Parlimen !
Sekianlah artikel Jangan Ambil Kesempatan Covid-19 Untuk Kunci Parlimen ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jangan Ambil Kesempatan Covid-19 Untuk Kunci Parlimen ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/jangan-ambil-kesempatan-covid-19-untuk.html
0 Response to "Jangan Ambil Kesempatan Covid-19 Untuk Kunci Parlimen !"
Catat Ulasan