Loading...

Kanak-Kanak Empat Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 12 !

Loading...
Kanak-Kanak Empat Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 12 ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kanak-Kanak Empat Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 12 !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kanak-Kanak Empat Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 12 !
link : Kanak-Kanak Empat Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 12 !

Baca juga


Kanak-Kanak Empat Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 12 !


KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di Ampang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Noor Azmi Yusoff berkata, pihaknya menerima laporan kes berkenaan pada kira-kira pukul 6.45 petang daripada seorang pengawal keselamatan kondominium berkenaan.

Beliau berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 5.30 petang semasa bapa kanak-kanak itu tiada di rumah, manakala ibunya pula turun ke bawah bangunan untuk mengambil juadah berbuka puasa.

“Setelah kembali ke rumah, ibu kanak-kanak itu mendapati pintu di balkoni telah terbuka dan kanak-kanak itu didapati terjatuh di tingkat tiga kondominium itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kanak-kanak itu merupakan anak pertama daripada dua beradik, ditinggalkan bermain telefon bersama adiknya yang berumur tujuh bulan di dalam bilik yang tidak berkunci, dan selepas dibawa ke Hospital Ampang dengan ambulans, doktor mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia pada pukul 7.33 malam.

Noor Azmi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu kesalahan kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan, dan siasatan awal mendapati kanak-kanak itu tidak memiliki sijil kelahiran ataupun Mykid.

Beliau berkata, ibu bapa kanak-kanak itu juga didapati tidak memiliki dokumen pernikahan yang sah kerana mereka berkahwin di Thailand, dan menurutnya bapa kanak-kanak itu berumur 51 tahun, bekerja sendiri, manakala ibunya yang berumur 27 tahun merupakan suri rumah. #sumber


Demikianlah Artikel Kanak-Kanak Empat Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 12 !

Sekianlah artikel Kanak-Kanak Empat Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 12 ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kanak-Kanak Empat Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 12 ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/kanak-kanak-empat-tahun-maut-terjatuh.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kanak-Kanak Empat Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 12 !"

Catat Ulasan

Loading...