Loading...

Kerajaan Akur Ada Golongan Yang Layak Tercicir Terima BPN

Loading...
Kerajaan Akur Ada Golongan Yang Layak Tercicir Terima BPN - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Akur Ada Golongan Yang Layak Tercicir Terima BPN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Akur Ada Golongan Yang Layak Tercicir Terima BPN
link : Kerajaan Akur Ada Golongan Yang Layak Tercicir Terima BPN

Baca juga


Kerajaan Akur Ada Golongan Yang Layak Tercicir Terima BPN


PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan menerima pandangan terdapat kemungkinan bahawa golongan yang benar-benar layak, tercicir daripada menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, berkata terdapat beberapa isu yang berbangkit seperti ada pemohon yang gagal layak disebabkan pelbagai faktor berdasarkan kepada proses semak silang antara 10 agensi terbabit.

Sebagai contoh, beliau berkata ada yang kehilangan pekerjaan tahun ini disebabkan COVID-19 dan status terkini tidak dirakam di dalam pangkalan data.

"Ada data pasangan yang belum dikemaskini. Ada juga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pengarah syarikat tetapi syarikat berstatus tidak aktif, tiada pendapatan dan sebagainya.

"Sehubungan itu, kementerian membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh rayuan BPN sehingga 31 Mei.

"Kami tidak janji semua rayuan boleh diluluskan, tetapi mana-mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, dengan bukti dokumen yang berkaitan, boleh diluluskan," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi perkongsian laporan kelima pencapaian pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang disiarkan secara langsung di akaun Facebook rasminya, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, sebelum ini sebanyak 2.3 juta permohonan baharu dan rayuan BPN diluluskan selepas melalui proses semak silang oleh 10 agensi kerajaan.

Secara keseluruhannya, beliau berkata sehingga 10 Mei lalu, seramai 10.6 juta rakyat Malaysia menerima BPN.

"Dengan peruntukan sebanyak RM11 bilion, iaitu tambahan RM1 billion daripada peruntukan asal RM10 bilion, komitmen kerajaan untuk membantu rakyat memang tidak berbelah bahagi," katanya.

Beliau berkata, antara 4 hingga 10 Mei lalu, bayaran Fasa Kedua sudah bermula membabitkan 5.79 juta penerima dengan jumlah RM2.63 bilion.

"Bayaran Fasa Kedua akan diteruskan pada minggu ini. Bagi mereka yang tiada akaun bank atau berstatus Gagal Kredit, penerimaan bayaran secara tunai akan boleh dibuat daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 14 Mei.

"Ini dianggarkan akan membabitkan 800,000 penerima dengan peruntukan RM300 juta," katanya.

Tengku Zafrul berkata, daripada 8.3 juta penerima yang telah diluluskan, pencapaian pembayaran Fasa Pertama adalah pada kadar 96 peratus manakala Fasa Kedua yang sedang berjalan ini di tahap 49 peratus.

"Saya mengingatkan pegawai kementerian agar memastikan pembayaran disampaikan dengan secepat mungkin dan bayaran dijangka disempurnakan menjelang hujung minggu ini," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Kerajaan Akur Ada Golongan Yang Layak Tercicir Terima BPN

Sekianlah artikel Kerajaan Akur Ada Golongan Yang Layak Tercicir Terima BPN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Akur Ada Golongan Yang Layak Tercicir Terima BPN dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/kerajaan-akur-ada-golongan-yang-layak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerajaan Akur Ada Golongan Yang Layak Tercicir Terima BPN"

Catat Ulasan

Loading...