Loading...

Kes Riza Aziz: SPRM Bingung Bila Tommy Thomas Terkejut !

Loading...
Kes Riza Aziz: SPRM Bingung Bila Tommy Thomas Terkejut ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes Riza Aziz: SPRM Bingung Bila Tommy Thomas Terkejut !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes Riza Aziz: SPRM Bingung Bila Tommy Thomas Terkejut !
link : Kes Riza Aziz: SPRM Bingung Bila Tommy Thomas Terkejut !

Baca juga


Kes Riza Aziz: SPRM Bingung Bila Tommy Thomas Terkejut !



KUALA LUMPUR – Bekas peguam negara Tommy Thomas pada setiap masa dimaklumkan dan dikemas kini tentang status permohonan representasi Riza Aziz berhubung 5 tuduhan pengubahan wang melibatkan kira-kira RM250 juta, kata beberapa pegawai kanan agensi anti-rasuah.

Mereka juga mengesahkan urutan peristiwa yang membawa kepada pelepasan bersyarat yang diberikan kepada anak tiri bekas perdana menteri Najib Razak itu, seperti yang diberitahu Peguam Negara Idrus Harun.

“Setiap surat-menyurat oleh peguam Riza kepada Thomas juga disalin kepada kami. Semuanya secara hitam putih, jadi membingungkan bila beliau (Tommy Thomas) kata terkejut dengan keputusan mahkamah minggu lepas,” kata sumber di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kepada sebuah portal.

Ia menjawab reaksi Thomas yang marah dengan keputusan Mahkamah Sesyen memberikan pelepasan tanpa dibebaskan (DNNA) kepada Riza.

Tahun lepas, Riza dituduh dengan 5 tuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta yang dibayar kepada syarikat penerbitan Red Granite Pictures di Hollywood antara 2011 dan 2012.

Dalam penyelesaian yang diumumkan Mahkamah Sesyen pada 14 Mei, Riza akan menyerahkan hak ke atas 3 hartanah yang dirampas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dan membolehkan kerajaan melucutkan haknya ke atas wang yang dirampas daripadanya.

Riza juga akan membayar kompaun RM500,000 mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amla).

Thomas, yang meletakkan jawatan peguam negara selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan pada Februari, cuba menjauhkan diri daripada urus janji itu, dengan berkata, beliau tidak pernah bersetuju dengan representasi oleh Riza.

Bagaimanapun portal FMT mengesahkan, berdasarkan dokumen dan perbualan dengan pihak yang terlibat dalam mendapatkan kembali aset 1MDB yang didakwa dilencongkan kepada Riza, bahawa surat representasi daripada peguamnya diterima Thomas secara positif.

Surat representasi itu pertama kali dikirim oleh peguam Riza, Scivetti & Associates kepada Thomas pada 18 Nov tahun lepas dengan menyenaraikan cadangan penyelesaian itu.

Merujuk kepada surat itu, Thomas kemudiannya menulis kepada timbalan pendakwa raya kanan, Gopal Sri Ram:

“Berdasarkan kenyataan di perenggan 5.10, 5.14, 5.15, 5.18 dan 5.19, saya sedia mempertimbangkan rundingan ini. Perenggan 5.20 mengandungi syarat penyelesaian yang dicadangkan. Saya tunggu nasihat anda,” katanya.

Thomas bagaimanapun menambah beliau tidak yakin Riza akan menjadi seorang “saksi pendakwaan yang baik terhadap bapanya”.

Semalam, Sri Ram memberi isyarat bahawa Riza mungkin memberi keterangan bagi pihak pendakwaan dalam perbicaraan 1MDB melibatkan bapa tirinya, Najib Razak.

Pada Isnin, Thomas mengesahkan notanya kepada Sri Ram yang menyambut baik cadangan Riza, tetapi enggan mengulas lanjut kerana menurutnya tiada akses kepada nota tulisan tangan yang asal.

Peguam Riza mengirim surat susulan berhubung permintaan untuk representasi yang pertama pada Januari tahun ini.

Dalam surat yang dilihat FMT, Thomas dimaklumkan seorang pendakwa raya SPRM memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa representasi Riza sudah diterima oleh Pejabat Peguam Negara untuk pertimbangan. #sumber



Demikianlah Artikel Kes Riza Aziz: SPRM Bingung Bila Tommy Thomas Terkejut !

Sekianlah artikel Kes Riza Aziz: SPRM Bingung Bila Tommy Thomas Terkejut ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes Riza Aziz: SPRM Bingung Bila Tommy Thomas Terkejut ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/kes-riza-aziz-sprm-bingung-bila-tommy.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kes Riza Aziz: SPRM Bingung Bila Tommy Thomas Terkejut !"

Catat Ulasan

Loading...