Loading...
Judul : Maszlee Tolak Pelantikan Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Mara Corp
link : Maszlee Tolak Pelantikan Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Mara Corp
Maszlee Tolak Pelantikan Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Mara Corp
Menurut Maszlee, pada ketika ini beliau lebih terkesan dengan kesempitan hidup rakyat dan tekanan ekonomi yang dihadapi gara-gara bencana Covid-19.
Di Simpang Renggam sendiri katanya, terlalu banyak keluarga yang tersadai derita dan perlu dibantu.
“Justeru itu, saya tidak boleh menerima lantikan ini buat masa ini. Kita masih belum menang melawan Covid-19.
“Negara kita harus menang dahulu, bebas dari bencana, dan kehidupan rakyat kembali stabil,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook beliau hari ini.
Dalam pada itu, Maszlee berkata, beliau percaya apa-apa sahaja bentuk lantikan adalah amanah dari rakyat, dan harus pulang kepada rakyat.
“Kepentingn rakyat adalah paksinya dan bukannya keuntungan peribadi.
“Perhitungan saya jelas, keputusan yang bakal saya lakukan mesti selari dengan mandat yang diberikan kepada saya dari penyokong dan rakyat Simpang Renggam khususnya, juga rakyat Malaysia umumnya,” ujarnya lagi.
Bekas Menteri Pendidikan itu menambah, beliau juga yakin banyak pembangunan dan kemajuan yang telah dicapai sejak penubuhan Mara, dan banyak lagi potensi yang boleh dikembangkan.
Katanya, Mara telah berjaya melahirkan ramai golongan profesional dan usahawan bumiputera yang secara tidak langung telah membantu memartabatkan ekonomi golongan bumiputera.
“Agensi ini perlu memberikan tumpuan sepenuhnya untuk benar-benar membantu golongan B40, pekerja makan gaji hari, juga bumiputera yang telah kehilangan kerja dan ramai lagi kelompok rakyat yang terjejas akibat Covid-19.
“Mereka sangat-sangat perlu dibantu,” katanya.. #sumber
Demikianlah Artikel Maszlee Tolak Pelantikan Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Mara Corp
Sekianlah artikel Maszlee Tolak Pelantikan Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Mara Corp kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Maszlee Tolak Pelantikan Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Mara Corp dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/maszlee-tolak-pelantikan-sebagai.html
0 Response to "Maszlee Tolak Pelantikan Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Mara Corp"
Catat Ulasan