Loading...

Menteri Saran Bank Pertimbangkan Lupus Faedah Pinjaman !

Loading...
Menteri Saran Bank Pertimbangkan Lupus Faedah Pinjaman ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menteri Saran Bank Pertimbangkan Lupus Faedah Pinjaman !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menteri Saran Bank Pertimbangkan Lupus Faedah Pinjaman !
link : Menteri Saran Bank Pertimbangkan Lupus Faedah Pinjaman !

Baca juga


Menteri Saran Bank Pertimbangkan Lupus Faedah Pinjaman !


KUALA LUMPUR – Semua institusi kewangan khususnya yang terlibat dalam moratorium disaran supaya mempertimbangkan pengenaan faedah sewaktu tempoh enam bulan tempoh penangguhan.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia meliputi faedah terakru (bagi pinjaman sewa beli) atau keuntungan (bagi pembiayaan Islam berkadar tetap) untuk dilupuskan.
Beliau berkata, menurut Akta Bank Negara 2009, isu tersebut berada di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (BNM) namun Kementerian Kewangan telah memulakan langkah proaktif mencari penyelesaian kemelut itu melalui perbincangan bersama BNM dan bank-bank untuk membuat keputusan yang tepat mengikut keperluan rakyat.
“Kami di Kementerian Kewangan bersedia untuk bekerjasama dengan BNM dan sektor perbankan bagi memastikan pelaksanaan saranan ini.
Beliau berkata, menurut Akta Bank Negara 2009, isu tersebut berada di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (BNM) namun Kementerian Kewangan telah memulakan langkah proaktif mencari penyelesaian kemelut itu melalui perbincangan bersama BNM dan bank-bank untuk membuat keputusan yang tepat mengikut keperluan rakyat.

“Kami di Kementerian Kewangan bersedia untuk bekerjasama dengan BNM dan sektor perbankan bagi memastikan pelaksanaan saranan ini.
Kerajaan sentiasa peka kepada cetusan hati nurani rakyat, terutamanya dari golongan B40 dan M40, dan mengambil berat perkara ini,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.
Tengku Zafrul berkata, dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar disebabkan oleh wabak Covid-19, beliau amat berharap pandangan itu dapat diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh BNM dan juga institusi-institusi kewangan dalam negara.
Tengku Zafrul berkata demikian menjelaskan mengenai kekeliruan umum berkenaan kadar faedah atau keuntungan yang dikenakan berkaitan skim moratorium (penangguhan) enam bulan bayaran balik pinjaman sewa beli yang ditawarkan oleh institusi kewangan.
Menurut Tengku Zafrul, antara punca kekeliruan itu adalah disebabkan pelbagai sumber yang membawa maklumat kurang tepat.
Sehubungan itu katanya, pihak BNM semalam telahpun menerbitkan di laman web BNM sebuah dokumen ‘Soalan Lazim (FAQs) Mengenai Pengendalian Moratorium bagi Pinjaman Sewa Beli dan Pembiayaan Islam Berkadar Tetap’ yang telah dikemaskini.
BNM juga jelas beliau, telah membuat sidang media untuk memperjelaskan lagi kekeliruan yang dihadapi peminjam.
Katanya lagi, sejak kebelakangan ini, media massa dan netizen banyak menimbulkan persoalan mengenai isu berkenaan.
Ujarnya, memang terdapat bank yang menawarkan moratorium pinjaman tanpa mengenakan faedah terakru (accrued interest) atau faedah dikompaun (compounded interest) atas pinjaman.
Namun jelas beliau, ia tidaklah merangkumi semua produk pinjaman dimana setiap bank pula mengambil pendekatan tersendiri dalam hal mengenakan faedah sewaktu tempoh moratorium. #sumber


Demikianlah Artikel Menteri Saran Bank Pertimbangkan Lupus Faedah Pinjaman !

Sekianlah artikel Menteri Saran Bank Pertimbangkan Lupus Faedah Pinjaman ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Menteri Saran Bank Pertimbangkan Lupus Faedah Pinjaman ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/menteri-saran-bank-pertimbangkan-lupus.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Menteri Saran Bank Pertimbangkan Lupus Faedah Pinjaman !"

Catat Ulasan

Loading...