Loading...
Judul : Mufti: Umat Islam Di Pahang Tunai Solat Aidilfitri Di Rumah
link : Mufti: Umat Islam Di Pahang Tunai Solat Aidilfitri Di Rumah
Mufti: Umat Islam Di Pahang Tunai Solat Aidilfitri Di Rumah
KUANTAN - Solat sunat Aidilfitri di Pahang tidak akan diadakan di masjid berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun ini.
Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, ketetapan itu diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri dengan tidak membuka masjid untuk mengadakan solat sunat Aidilfitri secara beramai-ramai susulan penularan koronavirus (Covid-19) di negeri ini.
"Jadi, umat islam boleh mengerjakan solat berjemaah (Adilfitri) di rumah dengan membabitkan ahli keluarga di rumah saja," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut beliau, pelaksanaan solat berkenaan boleh dibuat di kediaman masing-masing dengan diimamkan oleh ketua keluarga dan solat sunat Aidilfitri itu boleh dilakukan tanpa atau dengan khutbah mengikut kemampuan serta kesesuaian ahli keluarga.
Beliau berkata, bagi imam, bilal dan siak pula boleh melaksanakan solat sunat Aidilfitri di masjid atau surau tertakluk kepada pekeliling serta arahan ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). #sumber
Demikianlah Artikel Mufti: Umat Islam Di Pahang Tunai Solat Aidilfitri Di Rumah
Sekianlah artikel Mufti: Umat Islam Di Pahang Tunai Solat Aidilfitri Di Rumah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mufti: Umat Islam Di Pahang Tunai Solat Aidilfitri Di Rumah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/mufti-umat-islam-di-pahang-tunai-solat.html
0 Response to "Mufti: Umat Islam Di Pahang Tunai Solat Aidilfitri Di Rumah"
Catat Ulasan