Loading...

Mukhriz Akui Berasa Di Khianati Kawan Di Pusat Dan Negeri

Loading...
Mukhriz Akui Berasa Di Khianati Kawan Di Pusat Dan Negeri - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mukhriz Akui Berasa Di Khianati Kawan Di Pusat Dan Negeri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mukhriz Akui Berasa Di Khianati Kawan Di Pusat Dan Negeri
link : Mukhriz Akui Berasa Di Khianati Kawan Di Pusat Dan Negeri

Baca juga


Mukhriz Akui Berasa Di Khianati Kawan Di Pusat Dan Negeri


ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengakui berasa dikhianati 'kawan-kawan' di peringkat Pusat dan negeri, sehingga menyebabkan kedudukannya kini tergugat.

Beliau berkata, sepatutnya ketika ini semua pihak menumpukan usaha menangani pandemik COVID-19 dan bukannya sibuk berpolitik termasuk ketika Ramadan.

"Biasalah perasaan bila dikhianati kawan-kawan, sebelum ini berlaku di Pusat dan sekarang di negeri. Nampaknya pengkhianatan berlaku macam-macam cara sejak 2020 ini.

"Ini bukan perkara baik untuk negara sebab kita sibuk COVID-19, apa sebabnya tindakan seperti ini perlu dilakukan ketika kita memberi tumpuan kepada rakyat, di sini dapat lihat siapa jaga rakyat?

"Ketika saya mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Khas, pembangkang sibuk membuat sidang media bagi menjatuhkan saya," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Semalam, Perikatan Nasional (PN) Kedah mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas mendapat sokongan 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan berkata, 23 ADUN terbabit adalah 15 daripada PAS, BERSATU (empat), UMNO (dua) dan dua bekas ADUN PKR.

Berikutan itu, komposisi DUN Kedah menyaksikan perubahan apabila PAS kini menguasai 15 kerusi, PKR (lima), AMANAH (empat), BERSATU-Tan Sri Muhyiddin Yassin (empat), BERSATU-Tun Dr Mahathir Mohamad (dua), UMNO (dua) dan BEBAS (dua).

Mengulas laporan mengatakan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU akan memecat beliau dan Tun Dr Mahathir Mohamad daripada parti, Mukhriz menjelaskan perkara itu tidak boleh dilakukan Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

"Mesyuarat MPT hanya boleh dipanggil oleh Pengerusi dan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mengiktiraf Tun Mahathir adalah Pengerusi BERSATU berdasarkan surat menyurat antara mereka.

"Jadi apabila Tun Mahathir tak panggil mesyuarat, macam mana orang lain boleh panggil. Ini yang terjadi apabila Setiausaha Agung anggap Perlembagaan parti tidak penting bagi dia," katanya.

Isnin lalu, pimpinan BERSATU Pusat dikatakan akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan pemecatan Dr Mahathir dan Mukhriz, namun ia dibatalkan selepas maklumat berkaitan pertemuan itu didedahkan. #sumber


Demikianlah Artikel Mukhriz Akui Berasa Di Khianati Kawan Di Pusat Dan Negeri

Sekianlah artikel Mukhriz Akui Berasa Di Khianati Kawan Di Pusat Dan Negeri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mukhriz Akui Berasa Di Khianati Kawan Di Pusat Dan Negeri dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/mukhriz-akui-berasa-di-khianati-kawan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mukhriz Akui Berasa Di Khianati Kawan Di Pusat Dan Negeri"

Catat Ulasan

Loading...