Loading...

Nurul Izzah Dan Kah Woh Calon Panas Untuk Mengetuai PAC

Loading...
Nurul Izzah Dan Kah Woh Calon Panas Untuk Mengetuai PAC - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nurul Izzah Dan Kah Woh Calon Panas Untuk Mengetuai PAC, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nurul Izzah Dan Kah Woh Calon Panas Untuk Mengetuai PAC
link : Nurul Izzah Dan Kah Woh Calon Panas Untuk Mengetuai PAC

Baca juga


Nurul Izzah Dan Kah Woh Calon Panas Untuk Mengetuai PAC


KUALA LUMPUR – Pertukaran kerajaan yang berlaku bermakna bukan sahaja Ketua Pembangkang perlu dilantik, malahan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga perlu dipilih semula.

Sinchew Daily melaporkan, memandangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah mengubah peraturan supaya Pengerusi PAC dikhususkan kepada wakil rakyat pembangkang, maka jawatan itu perlu diisi oleh PH.

Sumber memberitahu, PH pada asalnya ingin mengemukakan calon Pengerusi PAC pada 18 Mei, tetapi rancangan itu terpaksa ditunda ke Julai selepas mesyuarat Dewan Rakyat dipendekkan.

Kata sumber lagi, PH pada masa ini mempertimbangkan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai calon Pengerusi PAC.

Walau bagaimanapun, Kah Woh mempunyai peluang lebih cerah kerana pernah menjadi Timbalan Pengerusi PAC.

Selain itu, memandangkan bapa Nurul Izzah iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Ketua Pembangkang, keadaan itu merumitkan peluang Nurul Izzah untuk mengetuai PAC.

Pada awalnya, PAC dipengerusikan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

Jawatan itu kemudian diambil alih Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr. Noraini Ahmad dari UMNO selepas Ronald meninggalkan UMNO dan menyertai Bersatu.

Masing-masing Ronald dan Noraini kini merupakan menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional. #sumber


Demikianlah Artikel Nurul Izzah Dan Kah Woh Calon Panas Untuk Mengetuai PAC

Sekianlah artikel Nurul Izzah Dan Kah Woh Calon Panas Untuk Mengetuai PAC kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nurul Izzah Dan Kah Woh Calon Panas Untuk Mengetuai PAC dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/nurul-izzah-dan-kah-woh-calon-panas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nurul Izzah Dan Kah Woh Calon Panas Untuk Mengetuai PAC"

Catat Ulasan

Loading...