Loading...

Pemandu Sebabkan Kematian Kerana Mabuk Di Reman Empat Hari

Loading...
Pemandu Sebabkan Kematian Kerana Mabuk Di Reman Empat Hari - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemandu Sebabkan Kematian Kerana Mabuk Di Reman Empat Hari, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemandu Sebabkan Kematian Kerana Mabuk Di Reman Empat Hari
link : Pemandu Sebabkan Kematian Kerana Mabuk Di Reman Empat Hari

Baca juga


Pemandu Sebabkan Kematian Kerana Mabuk Di Reman Empat Hari

KUANTAN - Seorang peraih ikan yang dipercayai memandu menentang arus di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang pekerja syarikat pembersihan di Jalan Pintasan Kuantan di sini, malam tadi, direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 42 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Najwa Hashim selepas suspek yang memakai baju-T berwarna putih dan berseluar pendek hitam dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret, hari ini.

Suspek yang tinggal di Tanah Putih di sini, direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000, jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian 9.20 malam tadi, mangsa, Irwan Herman Kamarudin, 41, yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Gebeng di sini, maut selepas kereta Toyota Yaris dipandunya dirempuh kereta Toyota C-HR yang dipandu menentang arus dan secara berbahaya.

Mangsa yang beralamat di Sungai Isap Perdana di sini, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan dada.

Siasatan awal mendapati kereta Toyota C-HR itu dipandu menentang arus sejauh lebih lima kilometer bermula dari susur masuk Jalan Pintasan Kuantan di Semambu menyebabkan beberapa kenderaan terpaksa mengelak daripada bertembung.

Suspek lelaki itu dipercayai telah mengambil minuman keras di rumah rakannya di sebuah taman perumahan di Semambu, sebelum kejadian.  #sumber



Demikianlah Artikel Pemandu Sebabkan Kematian Kerana Mabuk Di Reman Empat Hari

Sekianlah artikel Pemandu Sebabkan Kematian Kerana Mabuk Di Reman Empat Hari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemandu Sebabkan Kematian Kerana Mabuk Di Reman Empat Hari dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/pemandu-sebabkan-kematian-kerana-mabuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pemandu Sebabkan Kematian Kerana Mabuk Di Reman Empat Hari"

Catat Ulasan

Loading...