Loading...

Sanusi Dari PAS Angkat Sumpah MB Kedah Yang Baharu

Loading...
Sanusi Dari PAS Angkat Sumpah MB Kedah Yang Baharu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sanusi Dari PAS Angkat Sumpah MB Kedah Yang Baharu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sanusi Dari PAS Angkat Sumpah MB Kedah Yang Baharu
link : Sanusi Dari PAS Angkat Sumpah MB Kedah Yang Baharu

Baca juga


Sanusi Dari PAS Angkat Sumpah MB Kedah Yang Baharu


ALOR SETAR: Adun Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor dari PAS mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kedah hari ini.

Beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Sallehuddin di pejabat Sultan Kedah di Wisma Darul Aman petang tadi.

Sanusi menggantikan Adun Jitra, Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar ke-14 selepas Sultan Sallehuddin mendapati ahli politik PPBM itu, yang meletakkan jawatan hari ini, hilang sokongan majoriti selepas menemubual semua 36 Adun.

Sebelum ini, Sanusi mendakwa beliau memperoleh sokongan 23 wakil rakyat termasuk 4 dari PPBM dan 2 bekas PKR untuk membentuk kerajaan negeri.

Sanusi, 46, dilahirkan di Sik pada 4 Ogos 1974. Pemegang ijazah sarjana muda dari Universiti Sains Malaysia ini pernah menjadi setiausaha politik kepada menteri besar ke-10, Azizan Abdul Razak dari 2008 hingga 2013.

Pernah menjadi pegawai pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang dari 1998 hingga 2002, setiausaha eksekutif Institut Pengembelengan Komuniti dari 2002 hingga 2004, juruukur Jurunilai Bersekutu (M) Sdn Bhd dari 2004 hingga 2008, dan ahli lembaga Syarikat Air Darul Aman dari 2010 hingga 2013.

Beliau berkahwin dengan seorang guru sekolah, Jusmalailani Jusoh dan 5 anak berusia antara 6 tahun hingga 20 tahun.

Sanusi juga timbalan ketua PAS Kedah dan ketua bahagian PAS Sik, yang disandang sejak 2015. Beliau juga pengarah pilihan raya PAS dari 2019 hingga 2021. Beliau juga menganggotai jawatankuasa pusat PAS.

Beliau memegang pelbagai jawatan dalam parti Islam itu sejak 1998, bermula sebagai ahli eksekutif Pemuda PAS Pulau Pinang.

Beliau juga pernah mengetuai 11 misi bantuan antarabangsa PAS ke Myanmar dan Bangladesh. Tahun lepas, beliau mengetuai misi bantuan ke Yaman. #sumber



Demikianlah Artikel Sanusi Dari PAS Angkat Sumpah MB Kedah Yang Baharu

Sekianlah artikel Sanusi Dari PAS Angkat Sumpah MB Kedah Yang Baharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sanusi Dari PAS Angkat Sumpah MB Kedah Yang Baharu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/sanusi-dari-pas-angkat-sumpah-mb-kedah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sanusi Dari PAS Angkat Sumpah MB Kedah Yang Baharu"

Catat Ulasan

Loading...