Loading...
Judul : Solat Jumaat, Berjemaah Di Masjid, Surau Terpilih Mulai Esok
link : Solat Jumaat, Berjemaah Di Masjid, Surau Terpilih Mulai Esok
Solat Jumaat, Berjemaah Di Masjid, Surau Terpilih Mulai Esok
KUALA LUMPUR: Semua masjid, surau Jumaat dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan boleh mendirikan solat Jumaat, solat berjemaah setiap waktu termasuk solat sunat tarawih dan solat sunat Aidilfitri, bermula esok, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata solat lain secara berjemaah boleh dilaksanakan secara berperingkat bermula selepas solat Jumaat esok, berdasarkan cadangan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-5.
Bagaimanapun, beliau berkata, bilangan jemaah bagi solat Jumaat dan lain-lain solat berjemaah adalah tidak kurang daripada tiga orang, tidak termasuk imam dan tidak lebih daripada 30 orang.
'Keputusan ini adalah selaras keputusan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pertemuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan Perdana Menteri pada 12 Mei 2020," katanya pada sidang media di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. #sumber
Demikianlah Artikel Solat Jumaat, Berjemaah Di Masjid, Surau Terpilih Mulai Esok
Sekianlah artikel Solat Jumaat, Berjemaah Di Masjid, Surau Terpilih Mulai Esok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Solat Jumaat, Berjemaah Di Masjid, Surau Terpilih Mulai Esok dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/solat-jumaat-berjemaah-di-masjid-surau.html
0 Response to "Solat Jumaat, Berjemaah Di Masjid, Surau Terpilih Mulai Esok"
Catat Ulasan