Loading...

Solat Jumaat Di Seluruh Pahang Bermula Minggu Depan

Loading...
Solat Jumaat Di Seluruh Pahang Bermula Minggu Depan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Solat Jumaat Di Seluruh Pahang Bermula Minggu Depan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Solat Jumaat Di Seluruh Pahang Bermula Minggu Depan
link : Solat Jumaat Di Seluruh Pahang Bermula Minggu Depan

Baca juga


Solat Jumaat Di Seluruh Pahang Bermula Minggu Depan


KUANTAN: Solat Jumaat diadakan di tiga masjid daerah ini hari ini sebagai percubaan sebelum kebenaran diperluaskan kepada satu masjid di setiap daerah untuk berbuat demikian mulai 22 Mei ini.

Tiga masjid berkenaan ialah Masjid Negeri, Masjid Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah dan Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, pegawai masjid termasuk kadi daerah diminta supaya melihat prosedur operasi standard (SOP) yang dilakukan hari ini untuk pastikan peraturan dan arahan dilaksanakan di daerah nanti diikuti demi keselamatan rakyat.

Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya dapat kita semua menunaikan solat Jumaat, hari ini.

"Saya pasti semua jemaah di sini rindukan masjid untuk menunaikan solat berjemaah bersama-sama. Bagaimanapun kita harus sama-sama faham musuh COVID-19 yang sedang kita hadapi sekarang ini tidak kelihatan.

"Langkah kerajaan menutup sementara solat berjemaah di masjid adalah satu keharusan dalam hukum agama," titah baginda sempena solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Masjid Negeri, Sultan Ahmad 1, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menyeru kepada umat Islam di Pahang tidak lupa untuk membayar zakat fitrah.

"Saya difahamkan hingga kini baru 40 peratus kutipan dibuat. Saya juga bersetuju bagi memudahkan lagi proses pembayaran zakat fitrah, khidmat amil akan digerakkan semula.

"Bagaimanapun, ia mestilah mengikut prosedur dan SOP yang ditetapkan dan bagi yang mempunyai perbankan internet, gunakan kemudahan berkenaan," titahnya.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), bertitah bagi tempoh Januari hingga April lalu, sebanyak RM56 juta zakat diagihkan kepada golongan asnaf. #sumber


Demikianlah Artikel Solat Jumaat Di Seluruh Pahang Bermula Minggu Depan

Sekianlah artikel Solat Jumaat Di Seluruh Pahang Bermula Minggu Depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Solat Jumaat Di Seluruh Pahang Bermula Minggu Depan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/solat-jumaat-di-seluruh-pahang-bermula.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Solat Jumaat Di Seluruh Pahang Bermula Minggu Depan"

Catat Ulasan

Loading...