Loading...

SPR Belum Boleh Laksanakan Penamaan Calon Dalam Talian

Loading...
SPR Belum Boleh Laksanakan Penamaan Calon Dalam Talian - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPR Belum Boleh Laksanakan Penamaan Calon Dalam Talian, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPR Belum Boleh Laksanakan Penamaan Calon Dalam Talian
link : SPR Belum Boleh Laksanakan Penamaan Calon Dalam Talian

Baca juga


SPR Belum Boleh Laksanakan Penamaan Calon Dalam Talian


KUALA LUMPUR: Proses penamaan calon dan tatacara pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini tidak dapat dilaksanakan secara dalam talian seperti dicadangkan segelintir pihak.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun, berkata hal itu kerana proses berkenaan harus mengikut kerangka perundangan sedia ada, memandangkan syor pindaan berkaitan masih dalam perbincangan dengan Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC).

Bagaimanapun, katanya, beberapa prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan mengenai pengendalian proses terbabit sedang dimuktamadkan menerusi perbincangan antara SPR, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

"Mengikut kerangka perundangan sekarang, kaedah atau proses penamaan calon tidak dapat dijalankan secara dalam talian, sebaliknya harus dikendalikan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

"Saya dan ERC memang dalam perbincangan untuk meminda beberapa perkara, termasuk penukaran kaedah kepada secara dalam talian, tetapi ia akan mengambil masa yang panjang untuk dilaksanakan.

"Pindaan sedemikian memerlukan proses libat urus dengan pelbagai pihak seperti Ahli Parlimen dan Jabatan Peguam Negara, justeru kita tiada pilihan selain daripada mengendalikan ia (proses penamaan dan pengundian) mengikut kaedah sedia ada," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

DUN Chini kosong selepas penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas di Bangsar.

Pada Pilihan Raya Umum 2018, Allahyarham selaku wakil Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi disandangnya dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti 7,675 undi.

Sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih berkuat kuasa pada hari penamaan calon, Azhar Azizan berkata, beberapa penyesuaian mungkin dapat dilaksanakan bagi mengekang penularan COVID-19.

"Sebenarnya, kalau mengikut perundangan, borang penamaan calon itu tidak semestinya dihantar oleh calon, sebaliknya boleh diserahkan penyokong atau pencadang.

"Memang tiada kewajipan untuk calon hadir ke pusat penamaan calon, jadi kita boleh hadkan bilangan yang hadir ke pusat penamaan, manakala tiada perarakan membabitkan penyokong seperti kelaziman.

"Apa pun, semua aspek ini termasuk tatacara berkempen akan diputuskan secara bersama antara MKN, KKM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya PKPB masih berkuat kuasa menjelang hari penamaan calon kelak, namun sekarang pun kita tiada tarikh lagi.

"SPR hanya sebagai badan pelaksana, justeru kita tunggu sedikit masa lagi apabila menghampiri tarikh sebenar, kita akan umumkan butiran selanjutnya," katanya.#sumber


Demikianlah Artikel SPR Belum Boleh Laksanakan Penamaan Calon Dalam Talian

Sekianlah artikel SPR Belum Boleh Laksanakan Penamaan Calon Dalam Talian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPR Belum Boleh Laksanakan Penamaan Calon Dalam Talian dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/spr-belum-boleh-laksanakan-penamaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SPR Belum Boleh Laksanakan Penamaan Calon Dalam Talian"

Catat Ulasan

Loading...