Loading...

10 Dalil Kenapa Perlu Undi Calon Bebas CMK Shukri Ramli ?

Loading...
10 Dalil Kenapa Perlu Undi Calon Bebas CMK Shukri Ramli ? - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 10 Dalil Kenapa Perlu Undi Calon Bebas CMK Shukri Ramli ?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 10 Dalil Kenapa Perlu Undi Calon Bebas CMK Shukri Ramli ?
link : 10 Dalil Kenapa Perlu Undi Calon Bebas CMK Shukri Ramli ?

Baca juga


10 Dalil Kenapa Perlu Undi Calon Bebas CMK Shukri Ramli ?


Pilihanraya kecil DUN Chini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain dan dua orang calon bebas iaitu Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli. Justeru pengundi Chini diminta membuat pilihan yang terbaik ketika membuang undi pada 4 Julai ini. Kenapa ada perlu memilih calon bebas Pro Rakyat yang juga seorang aktivis masyarakat iaitu calon nombor dua CMK Shukri Ramli?. Di bawah ini 10 dalil kenapa rakyat perlu mengundi beliau.

PERTAMA

Beliau sudah bersama dengan perjuangan rakyat secara serius sejak tahun 1998 lagi. Sepanjang perjuangan itu berbagai cabaran, dugaan dan  rintangan telah dilalui termasuk ditahan pihak polis, disaman, dibelasah, diugut, rumah dipecah masuk, bertanding pilihanraya serta berbagai-bagai lagi.  Sepanjang hampir 22 tahun itu, ia berjaya mematangkan diri beliau untuk terus istiqomah berjuang bersama rakyat walau pun dalam apa jua keadaan. Beliau  sanggup meletakkan jawatan (tetap dan berpencen) 24 jam daripada  Kerajaan Negeri Pahang untuk bersama dalam arus perjuangan rakyat.  Perletakkan jawatan beliau bermula pada 31 Oktober 2003, pada usianya 33 tahun selepas menabur bakti kepada kerajaan negeri selama 8 tahun. Beliau juga pernah terlibat dengan NGO di Pahang seperti Dewan Muda Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Pahang (DPMM) sebagai Pengarah Keahlian dan Majlis Belia Negeri Pahang (MBN) dibawah Jawatankuasa


KEDUA

Beliau kini adalah  aktivis bebas, tidak bekerja tetap dan boleh berkhidmat kepada  rakyat 24 jam. Ini bermakna rakyat boleh berjumpa dan berinteraksi  dengan beliau pada bila-bila masa yang sesuai tanpa perlu ada protokol. Sebagai aktivis, beliau lebih mudah didampingi oleh segenap lapisan rakyat walau dimana sahaja tanpa ada sebarang kekangan dan sekatan. Beliau bermula dari bawah dan tidak naik secara mendadak seperti lain-lain pemimpin yang tiba-tiba  muncul seleas melompat parti sana sini untuk kejar jawatan. Laman blog nya www.cucumatkilau.blogspot.my, Facebook, IG dan Twitter #cmkcucumatkilau #cucumatkilau


KETIGA 

Kehadiran beliau sebagai wakil rakyat bakal membuka mata dan telinga semua pihak supaya lebih berhati-hati dalam membuat apa jua tindakan  terutamanya yang berkaitan dengan rakyat. Beliau amat popular dengan "trademark" yang amat dikagumi serta dikenali oleh seluruh rakyat Pahang iaitu CMK  (Cucu Mat Kilau) dan PDO (Pahang Daily Online). Beliau adalah bekas krew PDO yang paling disegani satu ketika dulu. Satu lagi trademark terbaru yang kini  semakin popular dihati rakyat ialah CMK FM iaitu radio internet yang dikendalikan oleh beliau sendiri. Sekiranya semua trademark ini digabungkan dan berada  di dalam Dewan Undangan Negeri Pahang, maka ia memberi kekuatan kepada rakyat kerana "mata dan telinga" mereka kini berada di  dalam DUN untuk menjadi "fighter" dalam isu berkaitan pencemaran alam sekitar, pencerobohan hutan, pengondolan bukit, perlombongan haram yang berlaku di Chini dan Pahang amnya. 


KEEMPAT

Beliau sudah empat kali terlibat dengan pilihanraya. Pertamanya pada tahun 2004 (PRU-11) di DUN Lepar, namun kerusi itu diserahkan kepada  calon PAS (Ust Rosli Abd Jabar) akibat krisis dalaman yang melanda Parti Keadilan Nasional (PKN) Bahagian Paya Besar ketika itu. Keduanya, beliau bertanding di DUN Kemayan atas tiket  Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 2008 (PRU-12), pernah ditawar tarik diri namun beliau terus lawan biar pun tewas. Ketiga, beliau pernah menjadi calon bebas di DUN Semambu pada PRU-13 namun tewas dengan mendapat 885 undi. Selepas itu beliau cuba menyertai PRK Parlimen Rompin, namun gagal akibat masalah teknikal. Dengan pengalaman ini, ia telah berjaya mematangkan diri beliau untuk terus berjuang  membela rakyat tanpa  mengambilkira fahaman dan ideologi politik masing-masing sebenarnya. 


KELIMA

Beliau antara pelopor awal media baru di Pahang khasnya dan Malaysia amnya. Beribu-ribu tulisan beliau kini dibaca oleh jutaan manusia seantero  dunia. Beliau cukup berpengalaman dalam bidang penulisan yang berorientasikan suara rakyat. Semangat untuk membuat pendedahan siu-isu rakyat telah  mendapat pujian dan sanjungan semua pihak termasuk dari istana sendiri. Beliau banyak mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam agensi kerajaan,  anak syarikat kerajaan, badan berkanun, NGO serta lain-lain lagi. Pendedahan beliau telah diberi perhatian oleh seluruh rakyat, dan ia tidak hanya berkisarkan  masalah politik semata-mata. Dengar pengalaman sebagai Blogger, ia memberi satu kelebihan untuk beliau menjadi seorang wakil rakyat yang lebih berkesan  dalam membawa lebih banyak isu-isu rakyat ke Sidang  DUN Pahang nanti.


KEENAM

Beliau banyak membongkarkan isu-isu rakyat di kawasan Kuantan termasuk isu ceroboh tanah, curi balak, curi bijih besi, roboh gerai, saman parking,   peniaga Melayu terpinggir, monopoli perniagaan warga asing, sukan, sampah sarap, bekalan air dan sebagainya. Kebanyakkan pendedahan yang dibuat telah  mendapat perhatian daripada pihak atasan. Malah beliau juga pernah membawa isu ceroboh tanah rezab surau yang pernah disiarkan dua hari berturut-turut  oleh Buletin Utama TV3. Semua isu ini diperjuangkan tanpa mengenal erti jemu semata-mata kerana rakyat. Maka itulah beliau sering dilihat hadir ke majlis  dan program yang berkaitan dengan rakyat selama ini. Hasil kerja beliau telah dapat perhatian semua pihak. termasuk Kerajaan Negeri Pahang sendiri  sebenarnya.  Maknanya suara beliau amat bermakna buat rakyat. Segmen Titik Sentuhan TV1 juga pernah menyiarkan perjuangan rakyat beliau tentang isu jalan rosak di Bukit Sekilau, Kuantan. Pada masa ini beliau aktif dengan NGO Pertubuhan Angkatan Pembela Rakyat. Beliau adalah Pengasas dan Penyelaras NGO terbabit yang kini panas dengan isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan premis warga asing yang tumbuhkan bagaikan cendawan lepas hujan di  Jalan Bukit Ubi, Kuantan kebelakangan ini. Isu yang beliau bangkitkan telah mendapat perhatian jutaan netizen seluruh negara kerna beliau satu-satunya rakyat Malaysia dibuat laporan polis oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam isu ini. 

Blog NGO terbabit www.angkaraterjah.blogspot.my
Facebook, IG dan Twitter #Angkatan Pembela Rakyat.


KETUJUH

Beliau satu-satunya individu yang konsisten dalam perjuangan rakyat walau pun sudah dua kali meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu  pada tahun 2004 dan 2008. Beliau bukan sahaja tidak menyertai mana-mana parti politik malahan lebih berani menegur semua pihak yang melakukan kesilapan dan kesalahan kepada rakyat baik kerajaan mahu pun pembangkang. Semasa bersama KeADILan beliau sempat memegang jawatan Ketua Penerangan  AMK Pahang dan Ketua Pemuda KeADILan Paya Besar. Beliau terus konsisten dengan perjuangan walau pun menerima berbagai tohmahan dan kritikan oleh  semua pihak. Semua cabaran serta segala  rintangan itu terus dihadapi dengan hati yang tabah  tanpa mengenal erti jemu. 


KELAPAN

Beliau bukan sahaja berpengalaman dalam bidang penulisan dan IT, malahan juga dalam bidang penyiaran. Pernah bertugas secara sambilan di  Radio Malaysia Pahang dan beberapa buah radio yang lain sebelum ini. Beliau banyak mengendalikan berbagai acara keramaian baik rasmi atau tidak rasmi di  peringkat daerah, negeri mahu pun kebangsaan. Info lanjut di blog https://ift.tt/37QRJHi. Pernah muncul dalam beberapa rancangan TV termasuk  Sinaran  Pasport Kegemilangan pada tahun 1996. Semasa di RTM Pahang beliau mengendaikan segmen "Kuantan Ekspress" dan rancangan kanak-kanak "Jaja  Dan Cici".  Beliau juga banyak terlibat dengan majlis orang kenamaan termasuk melibatkan pemimpin besar negeri dan negara. Kini menubuhkan radio online  streaming di Facebook  yang dikenali sebagai CMK FM. Radio ini bukan sekadar hiburan semata-mata tetapi banyak membicarakan soal-soal perjuangan rakyat yang beliau bangkitkan.


KESEMBILAN

Selepas berehat daripada parti politik pada 11 Februari 2011, beliau banyak menjalinkan hubungan rapat dengan semua pihak termasuk dari kerajaan  mahu pun pembangkang. Hubungan erat yang bertujuan memudahkan urusan membela rakyat itu dilihat sebagai satu landasan terbaik untuk suaranya lebih  didengari. Walau pun agak rapat dengan semua pihak, namun dalam bab membela rakyat beliau tidak kira sesiapa pun jika mahu membuat teguran. Ini penting  untuk beliau membawa suara rakyat dengan lebih lantang  dan berkesan lagi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.


KESEPULUH

Beliau berani bersuara lantang dalam mempertahankan hak-hak rakyat. Malah dia tidak takut dengan sesiapa pun jika mahu membongkarkan  sesuatu isu yang difikirkan membelakangkan rakyat. Banyak isu rakyat  berjaya ditangani dengan baik menerusi beberapa siri pembongkaran yang dibuat. Beliau juga berani naik ke pentas ceramah  untuk membicarakan sebarang isu. Kepetahan beliau bercakap memberi kelebihan untuk dia lebih digeruni jika menjadi wakil rakyat. Beliau membea sesiapa  sahaja tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik. Maka itu, rakyat DUN Chini perlu memberi undi agar beliau menang pada pilihanraya kecil ini. #pahangdaily


Demikianlah Artikel 10 Dalil Kenapa Perlu Undi Calon Bebas CMK Shukri Ramli ?

Sekianlah artikel 10 Dalil Kenapa Perlu Undi Calon Bebas CMK Shukri Ramli ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 10 Dalil Kenapa Perlu Undi Calon Bebas CMK Shukri Ramli ? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/06/10-dalil-kenapa-perlu-undi-calon-bebas.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "10 Dalil Kenapa Perlu Undi Calon Bebas CMK Shukri Ramli ?"

Catat Ulasan

Loading...