Loading...
Judul : Aktivis Rakyat Sedia Tawar Diri Tanding Bebas Di PRK DUN Chini !
link : Aktivis Rakyat Sedia Tawar Diri Tanding Bebas Di PRK DUN Chini !
Aktivis Rakyat Sedia Tawar Diri Tanding Bebas Di PRK DUN Chini !
Beliau dihubungi PDO selepas Pakatan Harapan (PH) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sah mengumumkan tidak akan menyertai PRK kali ini.
Menurut Shukri, jika PH tidak bertanding maka tiada salahnya saya mencuba, kerana di Pahang saya sudah banyak pengelaman membela rakyat dan bertanding pilihanraya sebelum ini.
"Pada PRU-11, saya dipilih sebagai calon PKN untuk bertanding di DUN Lepas... tapi ada krisis kepimpinan di Cabang Paya Besar saya undur diri ketika itu. Kemudian pada PRU-12 (2008) saya dipilih bertanding atas tiket PKR di DUN Kemayan, Parlimen Bera."
"Pada PRK Rompin, saya sekali lagi tawarkan diri untuk bertanding tapi gagal akibat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan (berlaku kes koyak borang pencalonan) ketika itu. PRU-13 saya tak sertai sebab rehat dan fokus kepada usaha membela isu-isu rakyat atas kapasiti bebas," kata Shukri.
Maka itu, tidak jadi salah kalau ada sokongan rakyat saya tawarkan diri pula di PRK Chini pada kali ini.
"Bagi saya banyak isu rakyat yang belum diselesaikan di Chini seperti isu warga asing, isu air, isu pencerobohan hutan dan tanah serta pembangunan Tasik Chini itu sendiri yang semakin dipinggirkan. Benar Chini ada wakil rakyat, tapi isu tak juga selesai terutamanya hal ceroboh tanah secara haram," kata Shukri lagi.
"Jika BN menang percuma, tak adil untuk rakyat. Malah, jika BN menang pun ia tak akan ubah situasi politik di Pahang sebab BN mempunyai kerusi majoriti di DUN. So, apa salahnya rakyat Chini beri peluang kepada aktivis pula untuk mewakili mereka. Barulah apa jua isu boleh dibawa dengan lantang di DUN. Rakyat perlu pembela yang berani bersuara. Faedahnya untuk warga Chini, dan Pahang itu sendiri amnya. Ini saja peluang untuk mencuba masuk ke DUN Pahang," dakwa Shukri.
Beliau yang kini panas dengan isu-isu rakyat terutamanya warga asing itu berkata, dia dah biasa kalah dan tidak takut dengan kekalahan tapi jika rakyat nak sesuatu kelainan maka tidak salah memberi ruang kepadanya.
Tambahan pula beliau sendiri anak peneroka Felda dan tahu susah payah para peneroka itu sendiri sebenarnya. Malah dengan menyertai PRK ini beliau juga bileh mengangkat banyak isu rakyat yang sedang diperjuangkannya sekarang ini.
"Saya tidak terlibat dengan mana-mana parti politik pada masa ini. Justeru saya boleh membela rakyat tanpa membezakan fahaman politik kepartian masing-masing. Ia berbeza dengan orang parti, yang lebih utamakan penyokong sendiri," tambah beliau.
PRK DUN Chini diadakan ekoran kematian penyandangnya Abu Bakar Harun, 60, akibat serangan jantung di Hospital Kuala Lumpur pada 6 Mei lalu.
Pada PRU14, Abu Bakar yang mewakili BN memperoleh 10,027 undi, menang dengan majoriti 4,622 undi menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405 undi) dan calon PKR Mohamad Razali Ithnain (1,065 undi).
DUN Chini berada di bawah kawasan Parlimen Pekan yang diwakili bekas Perdana Menteri Najib Razak. #pahangdaily
Demikianlah Artikel Aktivis Rakyat Sedia Tawar Diri Tanding Bebas Di PRK DUN Chini !
Sekianlah artikel Aktivis Rakyat Sedia Tawar Diri Tanding Bebas Di PRK DUN Chini ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Aktivis Rakyat Sedia Tawar Diri Tanding Bebas Di PRK DUN Chini ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/06/aktivis-rakyat-sedia-tawar-diri-tanding.html
0 Response to "Aktivis Rakyat Sedia Tawar Diri Tanding Bebas Di PRK DUN Chini !"
Catat Ulasan